Ni kisah semalam, Mia dengan gembiranya dah boleh follow blog lain. Akaun google yang Mia gunakan untuk login dashboard blogger selama ini, ada masalah untuk follow blog lain. Setiap kali tekan butang follow, akan keluar error dengan identiti lain. Perkara ini berlaku selepas blog ini pernah di klon pada akhir tahun 2014. Sedih sangat masa itu. Kisahnya ada di SINI.

Bayangkan betapa lamanya Mia tak boleh nak follow blog lain sehinggalah semalam, blogger Uyul bagi idea untuk gunakan akaun google lain sebagai admin login ke dashboard blog Mia. Alhamdulillah... syukur sangat. Ianya berhasil. Terima kasih Uyul..

Sempat printscreen masa follow blog Elsa semalam


Pada blogger yang dah follow Mia.. yang Mia tak dapat nak follow, inilah kisah sebenarnya. Agak-agak kalau Mia belum follow balik, beritahu je Mia. Tak perlu malu atau segan dengan Mia.

** mood berblogwalking bertambah ceria lepas ni....