image Mula Makan Beras Perang ecoBrown's Original - Mia Liana

Monday, 6 April 2020

# Health

Mula Makan Beras Perang ecoBrown's Original

Sebelum ini Mia ada cerita cubaan pertama pada tahun 2016 untuk makan beras perang di SINI. Tetapi tidak diteruskan setakat habis satu pek itu sahaja.

Semalam Mia ada restock barang-barang dapur di Giant Tampoi. Buat kali pertama keluar rumah semasa PKP ini. Kali ini... azam Mia lagi kuat. Nak makan beras perang semula. Bermula hari ini. 

Makanya pagi tadi Mia unpack 2kg beras perang ecoBrown's Original dan masukkan ke dalam bekas untuk simpanan. Senang nak ambil nanti.




Usia bukan semakin muda. Kesihatan perlu sentiasa dijaga. Moga Mia berjaya teruskan makan beras perang ini... Amin....


** cubaan kedua....


8 comments:

  1. Mia Sis makan beras ni Mia...tak kisahlah mahal pun, janji jaga pemakanan tu je, pelan-pelan, janji usaha..

    ReplyDelete
  2. moga terus konsisten amalkan makan beras perang ni..ameen

    ReplyDelete
  3. kita sikit hari kat rumah tu cuba jugak tukar beras ni sebab mama kena strict diet sikit sebab dia ada kencing manis. Tapi, after habis satu kampit, papa tak nak beli lagi dia kata tak sedap. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak sedap pun.. tapi kena juga makan ni untuk jaga kesihatan...

      Delete
  4. bagus beras perang ni..harga pun boleh tahan jugak..sebab makanan menyihatkan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... sedang bertukar secara slowly ni.... eat clean...

      Delete