Hmmm.. baru je Mia restock bedak-bedak sejuk yang Mia sekeluarga guna. Beli online kat Shopee dan poskan ke rumah family Mia di Parit Raja. Sampai hari Jumaat lepas.
Koleksi bedak sejuk kami sekeluarga. Bedak sejuk homemade yang jenis biasa, aloe vera dan vitamin C. Yang selalu pakai.. bedak sejuk Flower tu jenis biasa.

Suka sangat dengan aktiviti tepek kat muka berjemaah dengan adik-adik. Selalu buat waktu petang atau malam bila Mia balik kampung di hujung minggu. Rasa sejuk dan tenang.


** family hour...