Resepi Roti Puri Mudah, Boleh Masak Bersama Anak Di Rumah

Masak bersama anak di rumah merupakan salah satu aktiviti sihat yang boleh dilakukan secara berkala. Kita sedia maklum yang suasana di dapur boleh datangkan bahaya tetapi jika dipantau, InshaAllah tidak akan membawa masalah.

Pupuk anak dari kecil, anak boleh tambah pengetahuan dan bina rasa bangga terhadap dirinya sendiri. Terdapat banyak resepi mudah yang boleh kita masak bersama anak di rumah. Salah satu daripadanya adalah roti puri.




Resepi Dan Cara Untuk Buat Roti Puri Yang Simple Dan Sedap

#1 - Bahan & Cara Buat Resepi Roti Puri Sedap Ada Yis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh yis mauripan / baking soda
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar marjerin planta
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 3/4 cawan air suam

Cara untuk membuatnya :

#1 - Campurkan semua bahan kecuali air suam ke dalam sebuah bekas yang agak besar. Gaul kering hingga sekata dan berderai-derai.

#2 - Masukkan air suam dan uli semuanya hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

#3 - Bulatkan kecil-kecil, letakkan dalam bekas yang bertutup kemudian biarkan selama lebih kurang 30 minit.

#4 - Setelah di perap, uli adunan hingga menjadi nipis dan bolehlah di goreng. Masa goreng tu jangan lupa untuk simbah-simbahkan minyak dalam kuali tu di atas roti, barulah ia menjadi kembung dan mengembang.


#2 - Bahan & Cara Buat Resepi Roti Puri Sedap Tiada Yis
  • 500 gram tepung gandum
  • 270 milimeter (ml) air suam
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan garam

Cara untuk membuatnya :

#1 - Campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang licin di tangan. Bulatkan kecil-kecil dan canai sehingga menjadi nipis.

#2 - Goreng dengan api yang sederhana dan semasa di goreng simbah-simbahkan api di dalam kuali ke atasnya supaya roti mengembang dan kembung. Balikkan dan setelah nampak kekuningan, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.





Kemunculan Coronavirus Telah Mengubah Cara Ramai Orang Berbelanja Runcit

Ketika Covid-19 pertama kali melanda Malaysia, ramai yang bergegas ke pasar raya untuk menimbun stok makanan di rumah. Dalam masa yang sama ada juga di kalangan rakyat kita yang tidak berani mahu tanggung risiko. Maka, jalan yang dipilih untuk dapatkan stok makanan adalah dengan cara memetik papan kekunci di handphone dan gajet yang lain.

Pencarian Google di seluruh dunia untuk "penghantaran makanan" dan "makanan tempatan" mencapai tahap tertinggi termasuklah untuk Malaysia. Di UK contohnya, orang-orang di sana enam kali ganda lebih cenderung mencari "kotak sayuran" daripada tahun lalu termasuk mendapatkan stok benih untuk mula tanam sayur sendiri di rumah.

Krisis itu membuat kita semua meneliti semula bagaimana kita mendapatkan bahan makanan dan dari mana asalnya. Dengan tekanan penguncian yang semakin meningkat, pasar raya dan gergasi penghantaran seperti Amazon Fresh dengan cepat mendapat serbuan ramai pelanggan.

Malah pembekal kotak sayur-sayuran Inggeris yang terkenal, seperti Farmdrop dan Riverford, harus memperkenalkan barisan dalam talian dan menunggu pelanggan baru. Sementara itu, projek makanan hiperlokal dan alternatif disesuaikan dengan lebih pantas dan dapat menutup jurang dalam sistem makanan global yang tidak dapat diselesaikan.

Hanya dalam dua bulan, lebih daripada 500 penyedia kotak sayuran, dengan senarai menunggu antara 160 hingga 6.700 pelanggan - lebih dari dua kali ganda penjualan biasa.

Menyedari keadaan negara yang ikut terkesan dengan corona, pihak Foodpanda turut sama memainkan peranan. Salah satunya dengan kewujudan PandaMart. Dengan PandaMart para pelanggan boleh membuat pesanan barangan runcit yang telah habis hanya dengan satu pesanan.



Bagusnya PandaMart ini, ia dapat mempermudahkan pelanggan untuk mendaftar, mencari produk yang mereka perlukan, menambah barang ke troli, menyemak dan mengedit pesanan untuk di bayar. Tidak dinafikan kehadiran PandaMart sebagai salah satu servis grocery delivery sangat tepat pada masanya.

Perlukan roti, biskut, mee segera, lampin pakai buang anak, beras, ubat-ubatan asas, susu formula bayi dan bermacam lagi, semua ada di sini sama seperti sedang berbelanja di pasaraya. Bezanya sekarang tanpa perlu keluar dari rumah seperti dulu.



Post a Comment

9 Comments

  1. Simple. Nanti boring tak tahu nak makan apa, boleh try buat hahaha.

    ReplyDelete
  2. Roti puri ni memang sedap. Cicah pula dengan kari.

    ReplyDelete
  3. suka roti puri... buat cicah dengan kari sardin

    ReplyDelete
  4. betul2 mudah je buat puri ni... adik akak suka betul buat sndri utk anak2 dia...
    akak pun tumpang la sekaki makan puri homemade dia :D

    ReplyDelete