Minat Sangat Dengan Blog


Kata orang kalau dah minat, tidak kiralah macam mana sekalipun tetap akan berblog. Percaya tak? Pada mulanya Mia anggap blog ini macam biasa sahaja pada tahun 2007 hingga 2009. Update blog bila suka dan bila perlu. Tetapi pada tahun 2010, Mia kembali aktif berblog selepas Sofea dah berusia beberapa bulan dan ketika sedang belajar secara jarak-jauh di Open University Malaysia.

Memandangkan terlalu minat dengan programming, Mia takut kalau-kalau kemahiran itu terbiar begitu sahaja, maka dengan adanya blog sekurang-kurangnya masih tidak lupa pada coding html, javascript dan mana-mana web programming.

Keseronokan belajar dan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi semasa belajar 4 tahun di OUM membuatkan Mia ingin berkongsi diari dan tips belajar Mia untuk dijadikan inspirasi kepada pelajar-pelajar lain.

Dari segi kerja juga, Mia kongsikan pengalaman kerja yang pelbagai di bidang teknologi maklumat dari sudut sektor kerajaan. 

Kerana Mia minat berblog dan suka bercerita, maka terhasillah blog ini. Banyak suka duka yang Mia lalui. Pengalaman di bidang teknologi maklumat tidak pernah disia-siakan dan semuanya diaplikasikan ke blog ini. Walaupun blog ini pada zahirnya nampak simple tetapi sekarang sudah mengandungi lebih 3000 entri yang pelbagai.

Bila dah minat, tentu kita akan sentiasa menghargai blog dan pengunjung kita. Itulah aset maya yang kita ada. The precious ever.... dan terapi stres Mia yang terbaik.

Kerana minatlah, Mia memperkenalkan segmen copy paste dan didikan mentor-protege. Rasa happy dapat membantu blogger-blogger lain dengan berterusan.

Sungguhpun begitu, Mia tidak pernah mendabik dada. Sentiasa mensyukuri dengan kurniaanNya dan mohon agar sentiasa diilhamkan idea setiap kali nak update blog. Alhamdulillah.... 

memang minat sangat.....


Post a Comment

33 Comments

  1. Alhamdulillah kak . Saya pun aktif sejak akhir tahun lepas . Tapi sekarang tak aktif sangat sebab sekolah kan ?

    Btw , jemput kak singgah baca entri .
    http://mrssuperawesome.blogspot.com/2014/02/slow-slow.html

    ReplyDelete
  2. Kalau dah minat kita share untuk ilmu yg dipelajari....

    ReplyDelete
  3. tahniah kak mia...kalau dah minat...semua benda kita takkan fikir dah.. :D

    ReplyDelete
  4. wah kak. Saya pun baru join dunia blogger. Suka singgah blog kak. Simple and best!
    Meh lah singgah blog saya.
    www.ianfaizal.com
    www.tonton.ianfaizal.com
    www.8share.ianfaizal.com

    InsyaAllah saya akan sentiasa baca entry kak mia

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ianfaizal.... nanti bila senang2 kak mia akan ke sana...

      Delete
  5. <333 qila pun minat baca blog kak miaa :D hihihi :D

    ReplyDelete
  6. Sharing is caring, that's what I found about blogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks SD... yuppp... blog is more towards sharing experience, knowledge as well as others..

      Delete
  7. Yeah... Sy pun krna minat dan suka berkngsi mka sbb tu lahirnya blog ni...

    ReplyDelete
  8. akak nie hapdet blog time x bz jaa..time bos otstesen, hehehe..klu x, memg besawang jelah...

    ReplyDelete
  9. kita pun dah mula jatuh cinta pada blog..blog kak mia jadi inspirasi

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum... kak mia,

    moga kak mia sukses berblog ..

    pls: walaupun satu oum JB tp x pernah berjumpa ..

    ReplyDelete
  11. salam kak mia,sebab minat lah saya terus berblogging sehingga kini...

    ReplyDelete
  12. tetiba rasa nak jadi protege mia jugak.... org yg tak lokek ilmu ni sgt disenangi org kan? alhamdulillah Allah kurnikan kita kebolehan yg boleh di share dgn org lain...

    ReplyDelete
  13. kak mia... nak jadi protege boleh?? anyway... really need ur help kak mia untuk setting my blog balik biar tersusun. tak tau nak minta tolong siapa... sbb bab ni mmg emmy sgt slow. harap2 kak mia boleh bantu... huuhuhu

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum dan salam singgah pagi Isnin Kak Mia...Diana mula suka dunia ni,..masa mula2 lagi join..suka baca entri yang menarik di setiap blog yang Diana singgah...

    ReplyDelete
  15. saya kembali aktif setelah kian lama buat blog tapi tak de upadte, dari blog akak la saya bnyak belajar belajar bnda baru, terima kasih kak, saya sangat hargai nya.

    ReplyDelete
  16. Sebab minat jugaklah saya berblog ni ;D hee

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum mia...bagusnya moga akan terus berblogging...;)

    ReplyDelete
  18. apakah resep biar blog ramai pengunjung?

    ReplyDelete
  19. Semoga menjadi inspirasi kpd semua blogger.. :)

    ReplyDelete