Tak Seronok Blogwalking Melalui Segmen Bila...


Sejak masuk bulan Februari ini, Mia dah jadualkan masa untuk buat aktiviti blogwalking melalui segmen. Dalam satu hari, mesti ada buat. Seronok bila blogwalking melalui segmen, dapat berkenalan dengan blogger lain sambil tinggal jejak di ruangan komen entri ataupun shoutbox. Kalau berkenan, mungkin akan lepak agak lama sedikit di blog itu untuk baca entri-entri lain..

Bayangkan keseronokan blogwalking melalui segmen menggunakan senarai peserta terjejas bila kita lalui perkara-perkara di bawah...

Tak Seronok Blogwalking Melalui Segmen Bila...

Entri tidak boleh dikomen
Biasanya, kita ada ayat yang dah siap-siap di copy untuk paste ke dalam kotak komen. Contohnya... Salam, singgah dari segmen yang sama. Tetapi tup-tup bila klik link untuk komen, tak boleh keluar pula kotak komen. Aduhai, rasa terus hilang mood dan emosi berubah mendadak. Mulalah cari-cari tempat yang sesuai untuk tinggalkan jejak seperti shoutbox, fanpage atau facebook. Makan masa juga tu.

Blog dibuka untuk invited readers
Parah juga ini. Blog hanya boleh diakses oleh pengunjung tertentu sahaja. Macam manalah nak tengok blog ya. Dicadangkan agar jangan join segmen atau giveaway sebab blogger-blogger lain tidak boleh datang.. huhuhu... sedihnya...

Entri telah dibuang
Pernah tak... tengah seronok blogwalking ni tiba-tiba jumpa mesej yang mengatakan "Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.". Maksudnya entri penyertaan segmen itu telah tiada. Selalunya Mia perasan, pada blog-blog baru. Kenapa ya... kata support segmen blogger tapi boleh pula dibuangnya. Kita ni yang nak blogwalking terus hilang mood.

Susah nak jumpa butang follow
Tercari-cari... kat mana butang nak follow. Tu pun makan masa. Kalau guna yang standard, senanglah nak jumpa. Tapi kalau yang guna icon yang pelik atau tulisan perkataan follow kurang jelas pun susah juga. Ada juga tak berfungsi bila diklik.


Rasanya rata-rata blogger lain tentu alami perkara yang sama dengan Mia bila blogwalking melalui segmen. Mia hanya sentuh 4 perkara utama sahaja. Mungkin ada lagi yang lain. Sekadar pendapat dari Mia...

senang dan cepat bila blogwalking melalui segmen jika tiada apa-apa masalah...

Post a Comment

74 Comments

  1. rietta pown pernah alami beberapa situasi di atas...

    ReplyDelete
  2. setuju kak mia..lebih2 lagi part button follow tu..mood nak follow hilang bila cari button follow tak jumpa2..last2..exit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. jenuh mencari tu... samalah dengan kak mia, terus pangkah..

      Delete
  3. Entry telah dibuang ...selalu gak kena yang ini.

    ReplyDelete
  4. lagi satu yg x berkenan ade verify code... heeee... sgt2 x suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. verify code sekarang dah senang skit bila ada nombor..

      Delete
  5. terlalu extreme sangat blog nya lahaiii~ hahaha ^_^

    ReplyDelete
  6. betul tu kak mia..kalau boleh biar friendly users :)

    ReplyDelete
  7. apa yang kak mia gitau semua betol...tu lah malas je nak BW kat blog2 cmni..huhu

    ReplyDelete
  8. hihi...cik akak nak cuba buat segmen guna entri copy paste kak mia tu...hihi..
    dulu cuba..tak menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tu cik akak... dah ramai blogger buat... belajar pelan2 pastu test dulu.. tengok jadi ke tak. boleh guna preview...

      Delete
  9. errr.. ada sekali jumpa blog for invited. I was wondering how did the person stumble into my blog, leave a comment but when I wanted to pay a return visit, the blog is open only to invited... :D

    So sad...

    ReplyDelete
  10. setuju. terutama bila nak follow back. tak ada follower widget -.- dan bahagian komen. selalu problem untuk blog yg pakai blogskin. kadang-kadang reload balik kat bahagian home. selalu kena macam tu.

    ReplyDelete
  11. betul2 setuju kat kak mia :)..paling sadiss kalau tak ada button follow trus mood jdi malas ;)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum dan salam singgah sini Kak Mia...masalah Diana button follow Diana macam tak berfungsi...tak tau kenapa..

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum..kak mia,

    betul2 apa pernyataan kat atas nie.. tp sabar ajelah kekadang sesetengah blogger tak perasan..

    mselim3

    ReplyDelete
  14. betul tu, mmg dpt rmai kenalan kn... tpi sy x smpat nk buat itu semua.. kena utamakn bloglist dan juga follower juga pengomen setia dulu.. de masa bru follow dr segmen pula..huhu

    ReplyDelete
  15. salam kak mia, entri yang kak mia cari semalam pasal GA CNY by Dedeq tu masih ada entrinya dalam blog kenit. Kenit klik entri tu masih ada, tak pasti kenapa kak mia tak jumpa plak entri tu ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mia klik dari senarai peserta tu.. memang tak jumpa kenit... huhuh

      Delete
  16. betul jugak..paling sadis yg blog untuk invited reader tapi join segmen..camno tu?
    p/s: err..kak mia singgah le blog saya..button follow senang je nak cari kat situ..hihi

    ReplyDelete
  17. Betul.. Boleh hilang mood kita yang tengah berkobar2 nak comment.. Lepas tu ada gak yg verification tu.. Malas gak tu klu macam tuu..

    ReplyDelete
  18. salam. yang ketiga dan keempat tu selalu terjadi huhuhu

    ReplyDelete
  19. agak mempengaruhi juga mood macam tu...
    terima kasih berkongsi dan mengingatkan...
    nak kena periksa gak ni, manala tau tersenarai gak ke...huhuhuh

    ReplyDelete
  20. setuju sangat... bila dlm keadaan mcmtu... terus hilang mood nak blogwalking....

    ReplyDelete
  21. assalammualaikum sis.. btul tu.. zara start kemarin ngan ari ni masih lg blogwalking kat blog2 pserta segmen/ga yg zara join.. ada blog yg mcm ni.. susa sket ntuk kita nnk tgglkn jejak.. ~.~

    ReplyDelete
  22. betul tu kak mia.......nie yang buat kita stress.....he3

    ReplyDelete
  23. Baru terfikir-fikir nak buat entry macam ni. Kak Mia laju lagi. Hehe

    ReplyDelete
  24. setuju sangat...kadang tu siap takde pn ruang komen atau apa saja yg boleh kita komen...huhu yg loading berat semacam lagilah menyakitkan hati smpai hang pc :(

    ReplyDelete
  25. betul tu kak mia.. kadang2 ada blog yg trlalu berat and lmbt loading.. sometimes button follow pun x de..

    ReplyDelete
  26. betoi tu Mia..kekadang tu bila dah pos komen, kluaq plak soh identify word nak sahkan kita bkn robot..adoiii!!..choi sungggoh!...pastu loading lmbt..dgn lagu la, dgn backgroundnye lah...cursor satu hal lagi...terus mati mood laa...

    ReplyDelete
  27. selalu jadi macam itu.. tapi demi semangat berblogging, terus delete tab blog yang macam itu, buka blog yang lagi mesra ;)

    ReplyDelete
  28. hikhikhik.... betul jugak tu kak mia... biase kite marah kalau satu web page tu tak user friendly. tp bile kat blog kite pun jade mcm tu, tak ok la kan kak.. semoga saya & pembaca semua dpt tunjuk ajar n manfaat drp ape yg akak sampai kan ni :)

    ReplyDelete
  29. betul tu kak :) Clara tak suka word verification lagi. . huhu

    ReplyDelete
  30. ada jugak la kes2 mcm kak mia sebut..hehe selalunya komen la..kdg2 xleh komen or komen ada verify word...mmg spoil..hehe

    ReplyDelete
  31. SB tak tau la cam na dengan ruangan komen blog sendiri..kalo letak anyone..byk la pulak spam inbox..tq sbb sharing :)

    ReplyDelete
  32. paling tak suka page not found tapi kekadang jadi kat kita gak...

    tp rasanya jika pengguna wordpress butang follower takde..yang ada +google tu jek kot

    ReplyDelete
  33. ain setuju sgt. kalau ada yg menyukarkan blogwalking ke blog ain sila la buat teguran. kdg2 kita xsedar pun.hehe

    ReplyDelete
  34. entry tidak boleh dikomen palaing sentap..
    blog lawa.
    tapi tersembunyi ruangan komen.
    mmg rugi.

    ReplyDelete
  35. kadang2 link blog x ada...kt mana nk cari?? mmm

    ReplyDelete
  36. Betul sangat sangat kak mia T_T
    paling sedih comment punya verification tu lah aduh T_T payoh sungguh lah

    ReplyDelete
  37. kak mia..tu la masalah yg saya hadapi semalam..

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum mia...mama pun setuju juga..:)

    ReplyDelete
  39. Hi Ucing baca bulan Feb 2016.hi hi..Blog Ucing pun belum ada ni .;)

    ReplyDelete