Mei Datang Kini

Sunday, May 11, 2014

Mei Datang Kini


Mei datang kini
Sekejapnya masa pergi
Meninggalkan kenangan dan memori
Tersemat indah di sanubari

Mei datang kini
Usaha terus tanpa henti
Kenaikan pangkat sentiasa dicari
Walau terpaksa berhijrah ke lain negeri

Mei datang kini
Bersedia dengan kemungkinan terjadi
Kerja penuh dengan hati-hati
Agar tidak terabai walau sakit hati

Mei datang kini
Cukup sudah apa yang dihadapi
Walau keringat tidak dihargai
Gagah jua ku tempuhi

Mei datang kini
Sabar dan tabah peneman diri
Kuserah segalanya pada Ilahi
Agar doa ini dimakbuli

puisi Mia di pagi Ahad ini...

22 comments:

  1. selamat datang Mei..dah nak hampir ke Jun pulak..

    ReplyDelete
  2. semoga mei membawa seribu kebahagiaan...

    ReplyDelete
  3. Happy Mother's Day to you and to all the mothers!

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum..kak mia,

    selamat memyambut hari ibu...bulan berganti bulan tempuhi dengan sabar dan tabah..

    mselim3

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum . menyentuh hati puisi akak ni . emm . . kejap je nak pertengahan mei dah . . diri ini juga menghitung hari . . :')

    akak kita ada tag akak .. singgah tau :)
    http://aineddihar.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html

    ReplyDelete
  6. puisi menyayat hati jer neh .. :( .. ~ selamat hari ibu ya sis mia

    ReplyDelete
  7. Kena berhijrah utk merasai perubahan

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum mia...semoga bln Mei ini akan memberikan perubahan pada mia...

    ReplyDelete
  9. bulan mei yang banyak kenangan terindah :)

    ReplyDelete
  10. CN excited tggu bln mei sbb ada smbutan hari guru ;)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.