Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF


Rasanya Mia patut kongsikan di blog, bagaimana untuk positifkan sesuatu yang negatif supaya akan rasa bersyukurnya kita dan juga untuk menghilangkan sifat-sifat negatif yang tidak sepatutnya. Menarik sungguh Mia tengok apa yang diperkatakan oleh Kak Aida. 

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
  1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
  2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran..
  3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
  4. Untuk pakaian kita pakai sudah tidak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
  5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
  6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
  7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
  8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
  9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
  10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

sumber : fb Kak Aida

Biasalah kita ini kan manusia, tidak pernah terlepas dari merungut atau merintih apabila bersifat negatif. Jadikannya positif supaya kita akan lebih mensyukuri pemberianNya...

mood insaf...

Post a Comment

24 Comments

  1. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..

    ReplyDelete
  2. Best2. Tu lah. Kadang2 orang suka merungut tp tak pndai nak bersyukur.

    ReplyDelete
  3. mai selalu juga merungut kak tapi bila dah lama-2, Mai sedar yang itu satu Ujian & Dugaan . . ehee! btw, nice sharing kak :)

    ReplyDelete
  4. mmg betol tu... stiap perkara ada hikmah tersendiri..

    ReplyDelete
  5. waaa good one kak mia :) x terlintas di fikiran langsung pasal ne...

    ReplyDelete
  6. TQ Mia..... positif...positif...

    ReplyDelete
  7. Aiiii banyak perlu ubah nih hehee.nice sharing mia..tq

    ReplyDelete
  8. betul tu kak mia...jangan pandang sudut negatif je kan?

    ReplyDelete
  9. Mia... yg nombor 4 tu buat kakak gelaklah pulak. Kalau tak muat baju kena cepat-cepat exercise hihi...

    Selamat berpuasa Mia dan maaf dari kakak.

    ReplyDelete
  10. Tiada yang sempurna, hanya kita perlu memahaminya kerana pasti ada hikmah disebaliknya.

    Salam ramadhan Mia, semoga ibadah kali ini lebih baik dai tahun sebelumnya. Ampun maaf jua dari saya...

    ReplyDelete
  11. gd sharing ni mia... neway nak wish selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !

    ReplyDelete
  12. bestnya saya baca info nie,,,menarik sangat....terfikir sekejap.......

    ReplyDelete
  13. Suka entri ni, look at a positive sight...

    ReplyDelete
  14. shaila pun same suke merungut...then tersedar kembali...alamak tidak bersyukur dengan apa yang kita ada..^^

    ReplyDelete
  15. Sukanya! Semua yang negatif dipositifkan.. Perlu didik diri agar lebih berfikiran positif lepas ni..

    ReplyDelete
  16. Sukanya dengan entri ni. Peringatan buat kita agar sentiasa berfikiran positif.. Terima kasih Mia sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum mia..betul tu kenalah bersyukur dgn semuanya peringatan yg baik...:)

    ReplyDelete
  18. setuju sangat kak mia.. berfikiran positif merangsang pemikiran kita untuk merasa bersyukur dan cukup dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah..

    ReplyDelete