Urut Badan Tradisional

Monday, October 6, 2014

Urut Badan Tradisional



Leganya badan ini. Hari ini baru berkesempatan urut satu badan tengahari tadi. Al-kisahnya, tukang urut yang biasa Mia urut tu, dah tak urut lagi sekarang ini. Dah pencen. Menjajar lah cari tukang urut dari minggu lepas. Dah pergi klinik sampai ubat dah habis pun, sakit pinggang tak baik-baik lagi.

Semalam sepatutnya dah balik kampung Batu Pahat untuk sambutan raya haji tapi batalkan last minute sebab sakit pinggang menyerang tiba-tiba. Terpaksalah rehat kat rumah.

Hari ini nekad nak cari tukang urut dekat-dekat kawasan Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Alhamdulillah jumpa juga hasil carian kat google. 

Tadi masa diurut ada urat yang terseliuh dan juga urat yang tegang. Rasanya serasi sebab lepas urut dah tak sakit pinggang lagi. Tapi perlu ulang lagi hingga sembuh sepenuhnya.

Mia digalakkan untuk berbekam lepas ni... Memang tak pernah bekam pun sebelum ini. InsyaAllah akan cuba juga nanti...

mood lega dan syukur sangat....

15 comments:

  1. Alhamdulillah..harap kak mia serasi dengan urutan tersebut..amin..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. ni blognya http://anugerahurut4me.blogspot.com .. kak mia urut RM50. Urut biasa RM40.

      Delete
  3. Tukang urut pun dah modern sekarang...google aja.

    ReplyDelete
  4. lepas mengurut, segar rasa badan. moga sentiasa diberi kesihatan yg baik

    ReplyDelete
  5. semalam akak pun cari tukang urut gak tapi mahal ler....sejam RM 90....adushhh...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah la kak mia jumpa dgn tukang urut yg serasi dgn kak mia...kadang2 tukang urut ni ada yg x serasi..almaklum tukang urut pn ada style dieorg masing2 kn..ada yg urut kuat,,smpai sakit badan2 kita..ada yg urut tu x rase apa2...harap kak mia sihat seperti biasa hendaknya,,,

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat mengurut kan..lega satu badan

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum mia...mesti seronok n rasa badan lebih selesa lepas diurutkn...

    ReplyDelete
  9. bestnya dapat urut... sedap rasa badan kan...

    ReplyDelete
  10. Akak dah sihat x..memg x blh thn klau skt pinggang

    ReplyDelete
  11. Sedapnya dapat berurut.. Balik kampung baru ni tak sempat pun nak berurut.. Sibuk sangat.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.