BR1M 2015 : Kemaskini Maklumat Pemohon


BR1M 2015 : Kemaskini Maklumat Pemohon

Makluman penting buat pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 bahawa pendaftaran BR1M 2015 secara online akan bermula pada 1 Disember 2014. Bagi memastikan permohonan dapat diproses dengan sempurna, pemohon diminta untuk kemaskini semula maklumat peribadi seperti berikut :
  1. Maklumat pasangan / tanggungan
  2. Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat
  3. Maklumat akaun bank pemohon. Pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September. Sila isi dengan betul maklumat akaun bank yang tepat supaya bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank pemohon.
  4. Penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Sila isi maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.
Tarikh kemaskini maklumat : 1 hingga 31 Disember 2014

Cara kemaskini maklumat boleh dibuat :
  1. Secara online melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di https://ebr1m.hasil.gov.my
  2. Menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dihantar ke mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM
Senarai bank yang dibenarkan untuk tujuan pembayaran BR1M 2015 :
  1. Affin Bank Berhad
  2. Agro Bank
  3. Alliance Bank Malaysia Berhad
  4. AmBank Berhad
  5. Al Rajhi Bank
  6. Bank Islam Malaysia Berhad
  7. Bank Rakyat
  8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  9. Bank Simpanan Nasional
  10. CIMB Bank Berhad
  11. Citibank Berhad
  12. Hong Leong Bank
  13. Maybank
  14. OCBC Bank
  15. Public Bank Berhad
  16. RHB Bank Berhad
  17. Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
* Jenis akaun yang dibenarkan ialah akaun simpanan bank atas nama pemohon sahaja. Akaun pinjaman, akaun bersama dan akaun syarikat adalah tidak dibenarkan.

Jumlah nilai BR1M 2015 yang diterima :
  1. Kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan bawah RM3,000 akan menerima RM950
  2. Kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan dari RM3,000 sehingga RM4,000 akan menerima RM750
  3. Kategori individu / bujang yang berpendapatan bulanan di bawah RM2,000 akan menerima RM350 dan dibayar pada bulan Januari.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
  1. Talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM)
  2. Talian 03-8882 4562 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)

Sumber : Surat Kemaskini Maklumat Pemohon BR1M 2015 dari Kementerian Kewangan Malaysia

selamat mengemaskini dan semoga permohonan anda berjaya!

Post a Comment

28 Comments

  1. assalamualaikum mia...perkongsian info yg baik...:)

    ReplyDelete
  2. Thank you good one. Barulah tahu mana nak merujuk

    ReplyDelete
  3. Bagi yang individu skim khairat kematian wajib isi ker????

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...baru lepas kemaskinikan tadi...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mas..cam ne kemaskini..saya tekan kemaskini tak boleh pon

      Delete
    2. uit.. mcmn bley pla.?? da hbs sume org nye no ic aku msuk kn tp xbley.. misteri ni..

      Delete
    3. dari smlm try tak boleh boleh mcm mana akak ni boleh plak.. huhuhu

      Delete
    4. saya pun x boleh. last nyer gie lhdn. dah settle pun

      Delete
  5. puas dah cuba utk kemskini tp xdpt2 lg.....nape ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. same la.. hbs sume org nye no ic aku msuk kn, xbley pn msuk, nk update mcmn.. cacat jgk la..

      Delete
    2. cbe try bkak melalui laptop..klau pkai nset mmg x boleh kmaskini

      Delete
  6. pemohon brim meninggal bagaimana dgn isterinya adakah dy boleh memohon

    ReplyDelete
  7. nak kemaskini mcm mna?..ruangan kemaskini pun takde..puassy mncari,tak jumpa2 jugak.

    ReplyDelete
  8. lebih baik gie lhdn. yg maner nak mohon n kemaskini

    ReplyDelete
  9. nak tanya, apa maksud skim khairat kematian?

    ReplyDelete
  10. anak 5...column ada 3 jek. macammane ye?????

    ReplyDelete
  11. kalau warga emas xde akaun bank boleh je kn..nnti dia bayar guna voucher kn??

    ReplyDelete