image Harapan Pagi - Mia Liana

Monday, 17 November 2014

# Puisi Mia

Harapan Pagi



Harapan pagi
Bila mentari menaikkan seri
Terang menyuluh si penghuni
Memberi sejuta sinar pagi

Harapan pagi
Bangkitkan azam diri
Penuh kekuatan di hati
Terpahat segar di memori

Harapan pagi
Usaha menjadi realiti
Menangkis dugaan menghalangi
Tabah dan setia mengharungi

Harapan pagi
Moga terlaksana yang dihajati
Siap sedia ke petang hari
Tanpa ada perasaan sangsi

Harapan pagi
Begitulah setiap hari
Bila petang tiada lagi
Esok bakal muncul kembali

puisi Mia pagi ni... moga apa yang kita nak buat, berjaya terlaksana..

20 comments:

  1. salam..
    morning Kak Mia..

    suka baca puisi Kak Mia..
    sbb sue pun suka berpuisi since zaman sekolah.. cuma dah lama ditinggalkan.. huhu..

    moga2 apa yg kita nak buat, ikhlas & terlaksana.. :)

    ReplyDelete
  2. Morning Kak mia, harapan pagi ni lbh baik dari smlm

    ReplyDelete
  3. harapan pagi , sentiasa mengharapkan hari ini dan hari yang akan dtg lebih baik dri hari yg semalam2 ..morning kak mia :)

    ReplyDelete
  4. Moga harapan tidak menjadi layu, tidak bersemangat bila sampai di petang hari.

    Moga hari ni lebih baik dari semalam :)

    ReplyDelete
  5. Singgah pagi isnin disini..moga-moga hari kita penuh ceria...

    ReplyDelete
  6. selamat pagi
    semoga harapan sis diberkati

    ReplyDelete
  7. moga harapan sentiasa indah dan diberkati allah swt

    ReplyDelete
  8. Salam pagi Mia
    puitis sungguh di pagi Isnin

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum mia...semoga pagi ini pagi yg terindah...:)

    ReplyDelete
  10. insya Allah kak mia...semoga segala urusan kita dipermudahkan...

    ReplyDelete
  11. Dah ptg bari baca ni.selamat petang mia

    ReplyDelete
  12. Selamat mlm kak mia..
    Hrpn pagi juga buat semua..

    ReplyDelete
  13. Di setiap pagi harapan untuk jadi hari ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya menjadi pegangan ;)

    ReplyDelete