Bila dah beli madu lebah ni, kena tahu cara-cara untuk menjaga agar khasiatnya dapat dikekalkan ke tahap yang maksima. Kadang kita ni tak tahu nak jaga, main bedal saja.

Di sini Mia kongsikan tips penjagaan madu lebah :

  1. Jangan simpan madu di dalam peti ais atau di tempat yang panas secara langsung. Sila simpan pada suhu bilik.
  2. Jangan simpan madu dalam bekas logam seperti besi.
  3. Jika madu dalam botol masih mempunyai banyak gas, jangan goncang botol tersebut. Ini dapat mengelakkan berlakunya letupan atau botol pecah akibat tekanan gas di dalam botol.
  4. Jangan simpan madu di tempat yang berbau busuk, kerana madu bersifat mudah menyerap.
  5. Elakkan minum madu dan makan tembikai dalam masa yang dekat.
  6. Jangan minum madu menggunakan sudu besi atau logam.
dah tahu.. bolehlah cuba buat tips ni... (^_^)



Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.