Layan Lagu Sebenar Cinta OST Syurga Nur

Wednesday, August 19, 2015

Layan Lagu Sebenar Cinta OST Syurga Nur



Alahai... dah habis dah cerita kegemaran Mia ni, Syurga Nur. Semalam episod terakhir. Nasib baiklah happy ending. Dapat juga Nur kahwin dengan Haris. Keseluruhannya cerita ni bagi Mia banyak memberikan pengajaran pada kita di samping kita kenalah bersabar dengan dugaan yang menimpa kita. Tidak boleh putus asa. Kena kuat. Bila kita susah dan sedih pasti ada orang lain yang lebih susah kan. Watak Nur dalam cerita ini, memang terbaik lah, pandai sampaikan mesej tersirat di hati penonton. Kisah kekeluargaan yang penuh dengan suka duka. Dari Nur kecil sampailah Nur besar. Dijaga oleh Acik Alin yang selalu dera dia. Kemudian Nur lari dan hidup gelandangan. Dijaga pula oleh Dr Serina. Membesar dengan Kamil dan Adib. Salurkan bantuan melalui KL Bakti. Berkawan baik dengan Siti. Buka butik muslimah. Banyaknya nak cerita, dipendekkan cerita Mia suka sangat jalan ceritanya. 

Rindunya kat Syurga Nur nanti. Nak buat macam mana, dah tertengok dari mula cerita ini. Terpaksalah tengok sampai habis barulah ada penghayatan di situ. Mana-mana episod yang Mia tertinggal, Mia akan tengok akan Tonton.com.my.

Jom kita layan lagu Sebenar Cinta OST Syurga Nur dan liriknya sekali.... weeeeee...



Tajuk : Benar Cinta
Penyanyi : AishaHanim

Terus berdiri aku dalam kegelapan
Di mana ku cari jalan cintaku
Apa masih ada lagi ohh

Terus bertemu aku dalam kegelapan
Di mana hendak ku berselindung
Ada cinta atau hati ini

Aku ingin kau merasakannya
Aku ingin kau mendengarkannya
Sukar untukku tinggal kerna semua dah jadi 
Dalam cinta

Aku ingin kau mengerti lagi
Aku ingin kau seperti dulu
Selami hati ini jangan biarkan aku
keseorangan...
Kasih...ohhh
Kasih..ohh

Aku ingin kau merasakannya
Aku ingin kau mendengarkannya
Sukar untukku tinggal kerna semua dah jadi 
Dalam cinta

Aku ingin kau mengerti lagi
Aku ingin kau seperti dulu
Selami hati ini jangan biarkan aku
keseorangan.
kasih..ohh

Kembalikan cintaku dalam ketenangan
Agar aku dalam dakapanmu
Jangan tinggal ku sendiri ohh
Dalam cinta
Dalam cinta


suka cerita yang happy ending.... (^_^)

8 comments:

  1. assalamualaikum mia...mmg best lagu ni...nyanyian dr pasangan kembar...

    ReplyDelete
  2. Syurga nur lakonan janna nick ni pun best.
    Digabungkan dgn lagu mojo "dasyat"...

    Lagi lah terbaik...

    Tengok tak?

    ReplyDelete
  3. suka tengok drama ni dan lagu dia pun best....

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.