Meroyan Dengan Blogger Mak Dara

Friday, August 14, 2015

Meroyan Dengan Blogger Mak Dara


Weee... sebenarnya Mia ada meeting kat Kuala Lumpur semalam. Jadi, petang kelmarin Mia sampai terus check in Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan gerak ke KL Festival City Mall. 

Makkk aii... punyalah ramai orang kat stesen lrt. Waktu orang balik kerja pula tu. Bersesak-sesak kat dalam tren LRT. Mia naik dari stesen LRT Masjid Jamek dan turun kat LRT Wangsa Maju. Kemudian naik teksi ke KL Festival City Mall. Jumpa blogger Mak Dara kat situ. Rindu sangat kat dia dan sangat kagum dengan single mom anak empat ini. Sekarang ini Mak Dara tengah sibuk dengan persiapan tayangan filem Kapsul sempena Hari Malaysia nanti. Hasil karya Arwah Abang Martias, suaminya.

Lepas tu apalagi, Mia lepak kat rumah dia sampai ke awal pagi. Banyak yang kami borakkan. Meroyan habis lah kiranya. Mia tumpang gembira dengan kehidupannya barunya selepas arwah meninggal tahun lepas.




Selepas selesai bersosial sakan dan meroyan (perkataan faveret Mak Dara)... tak sedar dah pukul berapa. Barulah terasa nak balik ke hotel. Mak Dara hantarkan Mia balik. Thanks for the great moment.

rakan blogger yang paling rapat dengan Mia... susah senang sama-sama...

15 comments:

  1. suspen mama baca tajuk... memang le tajuk selalu main peranankan

    ReplyDelete
  2. wowwww - jumpa Mak Dara - best, kami sesama KL lom kesempatan dapat berjumpa

    ReplyDelete
  3. ok..pasni nak kena terjah mak dara pulak..

    ReplyDelete
  4. terkejut wawa baca tajuk.. hehe..
    tahniah mia, kawan alam maya jadi kawan alam nyata.. ")

    ReplyDelete
  5. org perempuan memang meroyan bila jumpa kawan2 hihihi..

    ReplyDelete
  6. Bella pun tumpang posing sama tu..mak dara memang friendly :)

    ReplyDelete
  7. mmg seronok bile jmpa kwn yg friendly ni:-)

    ReplyDelete
  8. tajuk gempak betul.. bestnya mia.. yelah bila sesekali jumpa, mesti banyak yang nak diborakkan..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum mia...semoga ikatan ukhuwah akan terus kekal selamanya...:)

    ReplyDelete
  10. hehehe.. seronok dapat meroyan bersama kengkawan dari alam maya kan.. ;)

    ReplyDelete
  11. Ada tgk preview filem tuh kat tv.. tak sbr nk tgk.

    ReplyDelete
  12. Mak Dara memang suka guna meroyan.But in a positive way...

    ReplyDelete
  13. seronoknya kak mia meroyan dengan mak dara....hihi

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.