Berenang Di Kompleks Mutiara Johor Land (2)

Saturday, April 16, 2016

Berenang Di Kompleks Mutiara Johor Land (2)


Aktiviti Mia dan Sofea pada petang semalam... Sofea nak mandi swimming dengan sepupu-sepupunya. Hari Jumaat petang semalam, cuaca elok. Apalagi Adik Mia pun on. Dia ada dua hero. Memang lasak lah Sofea kalau main dengan mereka. 

Lokasi berenang di Kompleks Mutiara Johor Land. Memang dekat sangat dengan rumah Adik Mia. Nasib dia kerja kerajaan, jadi hari cuti pun sama.

Pukul 2.30 petang mula ke Kompleks Mutiara Johor Land dan buat bayaran di kaunter. Yeahhh... join untuk sesi kedua.

Apalagi terus terjun kolam. Mula-mula kat kolam yang dalam dan kemudian barulah kat kolam kanak-kanak.

Jom layan...











Seronoknya tengok mereka berenang dan main air. Dalam 3 jam jugalah berada dalam air. Bila dah masuk, tak nak naik-naik. Yang penting, masih terpancar aura kegembiraan di raut muka masing-masing walaupun penat. Suka betul Sofea. Taklah dia boring sangat cuti hujung minggu ni.

Di sini Mia tempek waktu operasi kolam renang dan bayaran yang dikenakan untuk rujukan para pengunjung.

Operasi Kolam Renang
Sesi 1 : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Sesi 2 : 2.00 petang hingga 7.00 petang
Sesi 3 : 7.30 malam hingga 9.30 malam



Kadar Bayaran Kolam Renang

Hari Ahad hingga Khamis
Dewasa : RM10.00
Kanak-Kanak : RM7.00

Hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
Dewasa : RM12.00
Kanak-Kanak : RM8.00

* Setiap pembayaran wrist band hanya sah untuk satu sesi sahaja


Mia seorang je yang tak berenang... 

Entri yang berkaitan :

13 comments:

  1. Time berenang baru kita tau badan masih fit ke x lagi..

    ReplyDelete
  2. swimming pool ni memang jadi tumpuan org jb .hehehe.

    ReplyDelete
  3. seronoklah semua main air kan. lagi lagi cuaca panas ni. berendam lama lama sejukkan badan

    ReplyDelete
  4. wah seronok nya pepanas ni dapat berendam

    ReplyDelete
  5. seronok bila sesekali dapat berendam macam nih..

    ReplyDelete
  6. seronoknya...MV ni kalau berenang tak reti haha

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mia...bestnya dok berendam dalam kolam mandikan...cuaca panas ni mmg elok sgt2...:)

    ReplyDelete
  8. seronoknya dapat berenang... panas2 nie suka la.

    ReplyDelete
  9. Seronoknya....berenang.....lama dah MD tak pergi berenang...

    ReplyDelete
  10. Kena pakai baju renang jer... pakai tshirt tak boleh ke..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.