Aktiviti Mia dan Sofea pada petang semalam... Sofea nak mandi swimming dengan sepupu-sepupunya. Hari Jumaat petang semalam, cuaca elok. Apalagi Adik Mia pun on. Dia ada dua hero. Memang lasak lah Sofea kalau main dengan mereka. 

Lokasi berenang di Kompleks Mutiara Johor Land. Memang dekat sangat dengan rumah Adik Mia. Nasib dia kerja kerajaan, jadi hari cuti pun sama.

Pukul 2.30 petang mula ke Kompleks Mutiara Johor Land dan buat bayaran di kaunter. Yeahhh... join untuk sesi kedua.

Apalagi terus terjun kolam. Mula-mula kat kolam yang dalam dan kemudian barulah kat kolam kanak-kanak.

Jom layan...











Seronoknya tengok mereka berenang dan main air. Dalam 3 jam jugalah berada dalam air. Bila dah masuk, tak nak naik-naik. Yang penting, masih terpancar aura kegembiraan di raut muka masing-masing walaupun penat. Suka betul Sofea. Taklah dia boring sangat cuti hujung minggu ni.

Di sini Mia tempek waktu operasi kolam renang dan bayaran yang dikenakan untuk rujukan para pengunjung.

Operasi Kolam Renang
Sesi 1 : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Sesi 2 : 2.00 petang hingga 7.00 petang
Sesi 3 : 7.30 malam hingga 9.30 malam



Kadar Bayaran Kolam Renang

Hari Ahad hingga Khamis
Dewasa : RM10.00
Kanak-Kanak : RM7.00

Hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum
Dewasa : RM12.00
Kanak-Kanak : RM8.00

* Setiap pembayaran wrist band hanya sah untuk satu sesi sahaja


Mia seorang je yang tak berenang... 

Entri yang berkaitan :