Apa Kaitan Isteri Dengan Rezeki Suami?

Friday, February 24, 2017

Apa Kaitan Isteri Dengan Rezeki Suami?


Mia nak kongsi usrah ini kepada pengunjung blog ini. Manalah tahu ada yang belum baca lagi. Sumbernya dari rakan facebook berkaitan kisah suami isteri dan kaitannya dengan rezeki. Moga kita saling ingat-mengingati sesama kita. Jemput baca...



"Apa kaitan isteri dengan rezeki suami?"

Seorang suami berjumpa saya mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam2. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer.. kenapa ya ustaz?

Ustaz : Abang ada ibubapa ke?

Pengadu : Mak ayah saya dah tiada.

Ustaz : Abang ada isteri tak?

Pengadu : Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak...

Ustaz : Saya beri 2 KUNCI rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..

(pengadu diam termenung.) 
Kemudian dia cakap, betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri?

Ustaz : Bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita?

Sangkaan dan isi hati mereka merupakan doa yang kuat untuk kita.. Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya. Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita yang sanggup bersusah payah hidup bersama kita..berpisah dengan semuanya demi menjadi pasangan hidup kita. 

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena...

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

(Tak lama dia datang jumpa saya.) 
Katanya, ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..

Silaturrahim membuka pintu rezeki...inikan bersama isteri kita yang tercinta..

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya ya ustaz. Saya tipu isteri saya. Insya-Allah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah.

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah. Terlupa isteri atau suami bukan milik kita. Tapi amanah Allah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Isteri yang solehah sentiasa mendoakan dan menyokong suami agar rahmat Allah mencurah-curah.

- Ustaz Ebit Lew

** suami adalah segalanya dalam rumahtangga tapi jangan lupa, isteri pun mainkan peranan yang penting. Sayangi dan hargailah isteri anda...

6 comments:

  1. Setuju, nona setuju.... sayu sangat bila baca...

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bermanfaat untuk semua

    ReplyDelete
  3. Semoga kita menjadi isteri yang soleha.. Terima kasih atas perkongsian ini sis...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...perkongsian yg amat bermakna sekali kn...:)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Top Supporters April 2017