Banyak Nak Update Kat Blog Tapi....

Monday, March 27, 2017

Banyak Nak Update Kat Blog Tapi....



Entri santai-santai tengahari ini. Mia akui ramai blogger alami perkara yang sama seperti Mia alami. Idea nak menulis blog ada. Banyak nak update kat blog tapi... 
  1. Tak dapat nak curi masa untuk update blog walaupun seketika. Nampaknya memang betul-betul sibuk sangat ni.
  2. Tak ada mood nak update blog sebab emosi tidak stabil. Mungkin sedih, stress, moody atau mengalami gangguan perasaan lain.
  3. Banyak sangat gambar yang nak dipilih. Makan masa untuk belek. Faktor juga ni. Akhirnya tertinggal lama kat entri draf atau langsung tak publish. Lama-lama terus terlupa nak update.
  4. Masalah teknikal blog yang tiba-tiba berlaku. Seperti contoh melibatkan coding atau template blog, kena hack dan sebagainya. Kena selesaikan cepat-cepat dulu barulah boleh update blog dengan tenang dan selamat.
  5. Handphone atau laptop atau pc tiba-tiba rosak. Yang ni kena tunggu siap repair dulu baru boleh update.
Setakat ini, 5 sebab ini saja yang Mia alami. Kot-kot blogger lain ada sebab lain, sudi-sudikan berkongsi di ruangan komen. 

** bila kita dah menjiwai blog kita, kalau tak update blog akan rasa bersalah sangat... Semangat berblog kena kuat... yeahhh...

13 comments:

  1. Setuju dengan Mia especially part yang gambar banyak sangat tu. take time nak edit satu satu and pilih gambar yang sesuai untuk diletak dalam blog.

    ReplyDelete
  2. kak mia, yong alami masalah 1 dan 3. ya Allah smpai skrg tak dapat nak curi2 masa menulis lagi. sempat update di FB je :)

    ReplyDelete
  3. Betul sangat kakak. Lin memang rasa bersalah sungguh, rasa empty, walhal berblog ni la tempat Lin "gain my sanity"
    .
    Tarik nafas dulu, lepas dan keep going kakak (T_____T)"

    ReplyDelete
  4. elsa bukan sebab-sebab macam kak mia, elsa sebab memang tak ada idea oh. hakhakhak. entry yang ada nie pun kengkadang fikir 2 3 kali nak publish ke tidak sebab tak tahu bermanfaat ke tak entry elsa nie hahaha

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum mia..yer la kekadang itulah masalah yg berlaku dlm berblog ni...mmg ada saja yg menghalangnya...kena lebih pandai bagikan masa utk blog n yg lain2 ...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  6. betul sangat kak...bila dah takde peluang dan ruang,rindu itu akan hadir..cewahh
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  7. sama jugak dgn saya kak mia.. ada je masalah bila nak update blog

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Top Supporters April 2017