image Gathering Santai Di Rumah Blogger Hernee - Mia Liana

Monday, March 13, 2017

# Community # Family Matters

Gathering Santai Di Rumah Blogger Hernee


Kisah pada hari Sabtu, 11.3.2017. Pagi itu Sofea ada Kem Bestari Solat kat sekolah. Tengaharinya selepas ambil Sofea terus ke rumah blogger Hernee dengan Adik Mia. Memang dah janji nak makan tengahari kat rumah dia. Blogger Eda pun datang juga tapi lambat sedikit sebab dia tersesat ke area Forest City. Nasib Mia tak sesat nak ke Gelang Patah tu, guna gps.

Sampai-sampai saja,  Mia mandikan dan siapkan Sofea dengan baju lain. Separuh hari dengan baju sekolah, tentulah letih dan tak selesa.

Selepas itu, kami dijemput makan. Puas makan ketam kat rumah dia. Ni baru trip pertama.

Selepas makan, Eda pun sampai dengan keluarga. Barulah kami bertiga mula berbicara tentang blog masing-masing. Perkongsian ilmiah ni kan bagus. Nak-nak kami ni yang pangkat mak-mak yang bekerjaya... sibuk macam mana pun, kena luangkan masa dengan blog. Pot.. pet.. pot.. pet... terus dah sampai ke petang.

Sebelum balik, makan lagi untuk trip kedua. Memang balik dah tak payah makan lagi. Betul-betul kenyang. Alhamdulillah...

Terima kasih tuan rumah. Sedap masakannya. Puas makan. Lain kali boleh datang lagi.

Jom tengok gambar...


Mia, Eda dan Hernee.

Anak-anak kami.

Adik Mia tolong tengokkan mereka.



Konon.. nak menyinggah ke Forest City tapi dah lewat petang sangat. Lain kali saja baru singgah.

** dari dunia blog ke alam maya...

13 comments:

  1. assalamualaikum mia...mmg best kalau dpt gathering sesama mcm ni...

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat jumpa kawan-kawan blog

    ReplyDelete
  3. huwarhhhh nak mamam jugakkk sambil korek tips blog.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  4. Amboiiii, kenyang benauuu nihh !
    Jauhh kak eda dtg gelah patah nun

    ReplyDelete
  5. Best best..dapat makan tu yang buat lagi best

    ReplyDelete
  6. wahhh bestnya! teringin jugak nak buat gathering dengan blogger! macam best hikhik

    singgah klik iklan :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/10-perkara-tentang-apple.html

    ReplyDelete
  7. Seronoknyaa dapat gathering dengan rakan blogger .

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum mia...wah !! nak juga bestnya...

    maszull.blogspot.my

    ReplyDelete
  9. thanks ya tetamu semua.. minta halal terlebih terkurang layanan dari kami sekeluarga..


    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete