image Buat Koktel Untuk Potluck JDT Blogger - Mia Liana

Saturday, May 20, 2017

# Community # Dari Dapur Mia

Buat Koktel Untuk Potluck JDT Blogger


Malam semalam Mia operasi dengan Sofea buka tin-tin susu cair, koktel buah dan buah longan. Nak buat koktel sebagai dessert untuk PotLuck JDT Blogger siang tadi.



Resepinya tak susah. Mudah nak buat koktel ini. Mula- mula masukkan susu cair ke dalam bekas. Kemudian masukkan semua buah koktel, buah longan, nata de coco, mini pudding (sumi dah habis masa beli kat giant). Bila dah siap semuanya masuk ke dalam bekas, barulah Mia bubuh air gula secukup rasa. Agak-agak manis buah. Mia ada bubuh sedikit garam untuk rasa lemak. Mia tak masukkan air sirap yang ada dalam tin sebab Mia nak perap semalaman dalam peti ais.


Bahan-bahan koktel masa shopping kat giant


Bawah ini, gambar siang tadi masa Mia snap di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang. Sampai-sampai saja Mia terus masukkan ais umtuk sejukkan koktel.



Rasa buah dah sebati dengan susu. Alhamdulillah... seronok tengok team JDT Blogger makan koktel Mia ni tadi masa potluck.

** first time buat koktel paling banyak ni... rasa nervous pun ada... (^_^)

12 comments:

  1. Sedap, saya sukaaa..hihiiii..banyak kali tambah, mcm tak cukup....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, kalau buat banyak risau takut tak sebati bahan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. part tu yang kak mia risau tu... nasib buat awal supaya sebati.

      Delete
  3. sedap ni makan masa hari panas macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang panas kat sana... laju mereka makan koktel ni...

      Delete
  4. assalamualaikum mia...memang sedap rasanya mia...terbaikkk la...
    ** Mama Maszull**

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... terima kasih mama... sukanya mia ramai yang suka koktel mia..

      Delete
  5. sangat sedap. apetah lagi bila disuap uyul 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. terima kasih suzlin... ai is terharu..

      Delete