Kari Ayam Kampung

Friday, May 19, 2017

Kari Ayam Kampung


Menu makan malam hari ini ialah kari ayam kampung. Ayam kampung yang disembelih oleh Ayah Mia kat kebun.

Masak kari ayam macam biasa. Cuma kalau dengan ayam kampung ni, kena empukkan agak lama sedikit.



Untuk rencah, Mia blender bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia. Lepas itu goreng dengan rempah tumis sehingga garing dan masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air asam jawa. Garam secukup rasa. Kemudian masukkan santan dan ayam kampung yang telah dipotong. Masak mendidih dengan api sederhana sehingga ayam kampung empuk dan masak sepenuhnya. Mia masak ikut resepi yang simple saja tapi hasilnya menyelerakan. Boleh juga kalau nak bubuh kentang atau bendi.

** lain orang.. lain caranya.. terpulang pada masing-masing..

2 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

Top Supporters April 2017