image Notis Penutupan Ke 2 Hutan Lipur Gunung Pulai - Mia Liana

Saturday, May 20, 2017

# Informasi Semasa

Notis Penutupan Ke 2 Hutan Lipur Gunung Pulai

Kes Notis PENUTUPAN ke 2 Hutan Lipur Gunung Pulai yang ingin Mia kongsikan di blog ini sebagai informasi terkini kepada para pengunjung semua.

Jemput baca...


MAKLUMAN DAN PERHATIAN RAKAN² ..

Bagi pihak Sekawan Koop.. Kg Sri Gunung Pulai, Kulai, Johor.. Saya ingin melahirkan rasa simpati kpd keluarga arwah yg di kaitkan kematian berpunca kencing tikus semalam..Smoga rohnya dicucuri rahmat Allah.. Alfatihah.. Salam takziah buat keluarganya.. 





Kes PENUTUPAN ini merupakan kali ke 2 sejak Hutan Lipur Gunung Pulai mula di buka 06 Sept 2016..Sebentar tadi Jab kesihatan telah mengambil contoh air utk ujian makmal.. Apapon keputusan ujian.. Sama kita tunggu.. Terima kasih Jab kesihatan yg bertindak segera dengan menampal Notis Penutupan kawasan tersebut demi keselamatan semua.. 

Sebagai penduduk tempatan.. Sy memahami beban tugas Jab Perhutanan yg mengawalselia kawasan tersebut.. Adakalanya..Di waktu Cuti Umum.. Pengunjung mencecah belasan ribu orang.. Mungkin mereka sememangnya pencinta alam yg sejati.. Atau mereka² nk berekreasi@rehat..

KetentuanNya tiada sape berupaya menolak.. Pengunjung yg hadir pon majoriti bertanggungjawab..Namun.. Di sebalik apa yg berlaku.. Pastinya ada tangan² KOTOR yg akhirnya semua kita perlu berfikir sejenak.. 

Bukan kita tak menerima ketentuanNya..Musibah tidak mengenal siapa.. Mungkin hari ini bukan keluarga kita.. Bukan juga kita mengira angkanya.. Namun..Kejadian seumpama ini.. Sewajarnya boleh dielakkan sebaik²nya dengan kita turut sama menyumbang semaksimum mungkin.. Khusus yg melibatkan KEBERSIHAN/KESELAMATAN

Akhirkalam.. Jadikan la peristiwa ini sebagai PERINGATAN bersama.. Jangan la nanti ada yg cuba masuk melalui lorong² TIKUS.. Bahkan Jab kesihatan turut tidak benarkan pengunjung mandi di kawasan bawah@kaki gunung.. (Jambatan) yg berhampiran..

Kepada pihak² yg berkenaan.. Smoga ada usaha² yg berterusan penambahbaikan yg berpanjangan.. Walaupon bukan dibawah peranan kami.. Tapi cubit peha kanan.. Peha kiri pon terasa.. Kami sedia bekerjasama dan duduk semeja bagi pelan tindakan selanjutnya.. Sayangi ciptaanNya.. Hargai demi generasi penerus.. InsyaAllah kita dipermudahkan.. 

PENGERUSI SEKAWAN KOOP
Jamaludin Bin Abd Hamid
Jamal Pen Sekawan Koop Mohd Razi

Sumber : Fb Budiman Bin Kasman

** semoga kita semua mengambil langkah berjaga-jaga dan elakkan dari berkunjung ke Hutan Lipur Gunung Pulai berkuatkuasa dari 19 Mei 2017 sehingga 1 Jun 2017.

4 comments: