Hari ini, pagi-pagi lagi Mia dah siapkan Sofea. Nak bawa sekali. Sofea amat suka kalau ke tempat yang ada ramai orang. Kami sekeluarga sampai OUM JB dalam pukul 8.30 pagi. Itu pun dah ramai yang datang. Mia terus cepat-cepat ambil tempat duduk.

Hmmm...selalunya daftar di Dewan Tanjung Puteri tetapi kali ini di ruangan tingkat bawah. Dah siap renovation. Tapi lantai agak licin, Sofea banyak kali hampir terjatuh ketika jalan. Mia beratur seperti biasa sehinggalah proses daftar selesai. Kemudian, Mia ke tempat ambil modul. Cari punya cari,cuma dapat 2 modul je. Modul untuk subjek Introduction to Multimedia Technology tiada. Terpaksalah tulis kat buku yang dikhaskan. Memang lah Mia paling tak sabar. Kalau boleh nak cepat-cepat dapat modul subjek. Boleh terus belek-belek dan baca kat rumah. Semangat baru lah katakan.

Seperti biasa jom kita lihat suasana dan gelagat kami semasa pendaftaran...












p/s : Mia risau ni, result semester lepas belum keluar lagi....