Tibalah masanya untuk menukar template blog ini. Agak kelainan sedikit kali ini sebab background, header dan shoutbox tidak sama warna. Saja nak tukar angin, asyik guna tema warna yang sama sahaja, tentu boring, kan?

Di harap mood akan ceria dan sejuk bila tengok background template yang kehijauan seolah-olah kita berada di dalam hutan. Rimbunan daun kering dan pokok serta cahaya matahari nampak sangat tenang. Seolah-olah hidup suasana itu.


Header pula Mia pilih persalinan pakaian pengantin yang terakhir. Nampak moden dan kasual. Muka memang nampak macam letih sangat... Sampai dah tak larat nak posing... Make up pun dah nak cair masa ni... 


Untuk shoutbox, Mia masih lagi letak gambar Sofea. Kali ini gambar Sofea duduk di atas troli Giant. Sedang tersenyum kegembiraan sehingga nampak gigi. 

Walaupun sibuk dan agak lambat menukar template baru, Mia harap pengunjung blog Mia ini tidak akan jemu untuk datang lagi ke sini. Terima kasih tak terhingga kepada anda semua.