Memang dah adat Mia kalau nak hantar assignment online ni, mesti check dulu announcement. Sah! Ada perubahan lagi tapi kali ini ditambah pula, kena hantar CD yang mengandungi semua fail source code ke OUM Kuala Lumpur. Apalagi jadi kelam-kabut lah, Apa tidaknya, nak pergi cari CD kosong dulu, lepas tu nak install Nero lagi (ada format notebook ni dulu, tu yang software tak install lagi). Mia tahu perubahan ini pun pada hari kelmarin. Bayangkan tarikh tutup 14 Mac 2011, Isnin depan. Confirm kena buat pos laju, paling tidak hari Jumaat dah hantar. Fiuhhhh.... 





Lega betul, Mia telah hantar assignment secara online semalam pagi. Lepas tu waktu tengahari Mia pergi NationWide Express di Tampoi untuk pos CD ke OUM Kuala Lumpur. Bayaran RM 7.00 telah dikenakan. Sempatlah sampai hari Isnin depan.

Untuk buat assignment ini agak susah memandangkan kena buat dalam xhtml (kalau html senang sedikit) di tambah pula dengan vbscript dan javascript. Bukan senang walaupun telah run dengan berjaya bila di validate di http://validator.w3.org/check, banyak error. Masa banyak diluangkan untuk membetulkan coding supaya free error. Alhamdulillah, semua coding Mia ni telah passed.



p/s : terpaksa berkorban cuti dua hari, Khamis dan Jumaat lepas untuk menyiapkan assignment...