Belum pun habis dateline untuk penghantaran assignment online, jadual final exam untuk semester ini telah pun keluar di dalam myVLE system. Paling risau takut tak dapat gap yang panjang antara paper.

Tetapi bila Mia tengok sahaja jadual final exam, alhamdulillah panjang gap nya selang 10 hari setiap satu paper. Leganya. Apa tidaknya dahlah mid term exam tiada, jadi bila final exam mestilah nak kena cover seluruh topik bagi semua subjek. Terasa sangat mencabarnya....


Sabtu 2 April 2011 - Web Programming
Isnin 11 April  2011 - Visual Programmming
Khamis 21 April 2011 - Introduction To Multimedia Technology


Bukan senang nak bahagikan masa, tapi Mia akan cuba sedaya upaya. Sekurang-kurangnya dah mencuba. Yang penting kena belajar sebagai persediaan untuk menghadapi final exam dengan subjek-subjek yang berat.

p/s: ketika entri ini dibuat Sofea baru je sembuh dari demam....