Sempena dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini, bulan Ramadhan.. Mia juga telah menukar kepada background template yang baru. Di harap pengunjung akan selesa ketika membaca entri di dalam blog ini. Rasa tenteram dan sejuk mata memandang.

Gambar header yang dipilih adalah dari koleksi gambar perkahwinan Mia yang mengenakan pakaian ala-ala Arab berlatarbelakangkan pemandangan Masjid Putrajaya di waktu senja. Disesuaikan dengan pemandangan waktu senja untuk gambar background.


Banner blog Mia juga telah diubah mengikut tema ramadhan yang dipilih. Mia masih mengekalkan animasi yang sama hanya menukar background kepada yang baru.

Di kesempatan ini, Mia ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga amalan kita akan memperolehi keberkatan daripadaNya... amin.....