Minggu ini, pelajar praktikal dikehendaki membantu Unit ICT memasang PC sebanyak 15 unit. Sebenarnya adalah bertujuan untuk upgrade PC-PC lama yang dibeli pada tahun 2005 dan 2006. Sayang betul nak dilupuskan. Memandangkan langkah penjimatan perlu dibuat maka komponen-komponen di PC lama yang boleh digunakan semula akan dipasang di dalam casing baru. 

Mia memang tak berapa minat sangat kalau nak pasang-pasang ni. Agak leceh sikit. Tapi pengalaman ini penting sekurang-kurangnya tahu daripada tak tahu langsung. Nasib baiklah ada pelajar praktikal, kalau tak...  tak cukup tangan dibuatnya.

Jom tengok kami pasang PC dalam bilik server. Sejuk..... zass......

Pasang PC sambil santai-santai

 Hafizs, satu-satunya juruteknik komputer yang ada di sini

Lela 

Lin, pelajar praktikal dari Kolej Komuniti YPJ Segamat 

Saidah, pelajar praktikal dari Kolej Komuniti YPJ Segamat  

Amerul, pelajar praktikal Politeknik Arau, Perlis 

Zoom in.. komponen PC

Di harap ini dapat mendedahkan pelajar-pelajar praktikal untuk belajar secara hands-on memasang PC. Ilmu ini susah nak didapati dari mana-mana...