Hari ini Mia naik pejabat. Tengok atas meja ada surat kursus. Mia belum pernah pergi kursus ini. Ada kursus penulisan minit mesyuarat pada minggu depan di Wisma Tani, Putrajaya selama dua hari. Bos Mia dah bagi kebenaran untuk pergi kursus ini.

Nampak gayanya minggu depan Mia turun Kuala Lumpur lagi. Kursus cuma pada waktu siang. Waktu malam bolehlah buat aktiviti bebas. Boleh cuci mata lagi kat Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR). Hehehe belum fikir nak beli apa kali ini.

suka belajar..