Jangan Sombong Bila Berilmu Dan Berpangkat



Mencari ilmu sering dituntut dalam agama Islam kita. Mia terpanggil untuk membicarakan soal orang yang berilmu dan berpangkat biarlah jangan sombong seperti mengikut pepatah melayu kita "Ikut Resmi Padi, Makin Berisi Makin Tunduk". Tetapi acapkali kita sentiasa terjumpa dengan golongan yang berilmu tetapi sombong dan bongkak, ego dengan pangkatnya seperti "Ikut Resmi Lalang, Makin Berisi Makin Meninggi".

Jika kita amati betul-betul, jelas membayangkan betapa bagusnya kita mengikut resmi padi ini. Sentiasalah merendah diri walaupun sudah berilmu dan berpangkat tinggi. Susah betul nak jumpa bos yang seperti ini. Boleh memahami dan mempertahankan hak orang bawahannya.

Ironinya, kita sering berjumpa dengan mereka yang mengikut resmi lalang. Makin tinggi pangkatnya, makin sombong dan gila kuasa. Sedihnya sebab manusia boleh cepat berubah hati. Terlalu ego. Kalau dapat bos yang macam ini, alamat boleh lingkuplah satu-satu organisasi itu.

Mereka yang bersifat sombong dan ego itu tanpa tidak segan silu boleh menghina orang lain yang tidak disukainya walaupun orang itu pernah membantu dia menyiapkan kerja satu masa dahulu atau pernah berurusan dengan dia tetapi tiba-tiba membantah arahannya atas sikapnya yang tidak rasional terus berdendam dan memburukkan orang tersebut sama ada di depan khalayak ramai atau di belakang. Yang paling sangat mendukacitakan, mereka yang bersifat ego ini selalunya menolak kebenaran dan nasihat baik yang diutarakan kepada dirinya walaupun kebenaran itu sudah terpampang jelas di depan matanya.

Islamkah namanya itu? Perbuatan sebegitu tidak melambangkan penghayatan Islam yang sebenarnya.

Senario yang sering berlaku pada mereka yang mengikut resmi lalang. Punya ilmu yang tinggi menggunung, tetapi ego, sombong, pemarah, memperlekehkan orang bawahan, mengutuk orang sesuka hati, sentiasa fikir semua yang dilakukannya betul dan orang lain sentiasa salah dan lemah. Bangga diri dengan kedudukannya, pengetahuannya dan pangkatnya.

Sepatutnya apabila kita berilmu dan mempunyai pangkat tinggi harus membuatkan diri kita semakin dekat dengan Allah. Bersyukur dengan yang dikuniakan dengan menjalankan tanggungjawab dengan betul, adil dan saksama, sentiasa merendah diri agar dihormati dan disegani tetapi malangnya tidak… ilmu yang ada kadangkala membuatkan seseorang itu sombong dengan ketinggian ilmu yang dia ada. Perlu diingatkan bahawa ilmu itu adalah hak Allah bukan hak kita yang kekal. Bila-bila masa boleh ditarik balik. Begitu juga dengan pangkat dan harta.

Betapa beratnya dugaan kita apabila diuji dengan sifat kesombongan. Ada yang sedar dan ada pula yang tidak sedar. Ada yang boleh ditegur dan ada yang tidak boleh ditegur.

Apa-apa pun, semakin tinggi ilmu seseorang, semakin tinggi pangkatnya, semakin besarlah tanggungjawabnya, semakin kuat dugaannya, semakin mudah nampak keburukannya bila berbuat kesilapan. Kadang-kadang rasa takut pun ada, tetapi sekiranya telah ditakdirkan sedemikian hendaklah sentiasa muhasabah dan merendah diri.

nukilan Mia secara tazkirah di pagi Jumaat ini...

posted from Bloggeroid

Post a Comment

35 Comments

  1. hmm xelok pn kalau ada sikap sombong ni, xkn la sbb harta dn pgkat nk sombong kn..nnti bila Allah trik sekelip mata, orang2 skeliling jgak yg bantu..Alhamdulillah la sy xpnh dpt boss yg sombong, smuanya bleh bt kwan =) islam tu dh smpurna mgjar kita tntang merndah diri..xde ruginya pn..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah... semakin kita menuntut ilmu,semakin rasa bodoh,mudah-mudahan sedikit ilmu yang kita perolehi dimanfaatkan sebaik mungkin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini baru betul kerana tujuan kita menuntut ilmu adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah

      Delete
  3. sokong tu Mia..semkain kita tinggi jgn jadi makin sombnag pulak

    ReplyDelete
  4. sombong tu takkan bawa kita ke mana-mana,semuanya datang dari Allah,bila-bila masa dia boleh tarik dan beri pada umatnya..salam jumaat kak mia

    ReplyDelete
  5. Sombong ini seolahnya telah menjadi budaya masyarakat Melayu pasca DEB ini. Kadangkala, sifat sombong dan tidak tidak bole terima kritikan ini begitu tertonjol apabila sijil dan kelayakan akademik dijadikan ukuran tinggi rendah darjat ilmu seseorang itu.

    Bukankah orang yang berilmu itu adalah orang yang paling zuhud sifatnya.

    ReplyDelete
  6. semua nikmat yang kita dapat itu adalah pinjaman..tidak semua yang berjaya,,bekerjaya dan berilmu itu sombong namun apa yang sangat menyedihkan begitulah lazimnya..entah kenapa..tak apalah..mudah-mudahan mereka sedar suatu ketika kelak..sebelum terlewat..

    ReplyDelete
  7. biarlah merendah diri, jangan sombong dan bermegah-megah sebab ia takkan kekal lama.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. merendah diri adalah sifat terpuji. somboh adalah sifat syaitan

      Delete
  8. merendah diri adalah yg terbaik..tak perlu riak dgn apa yg kita ada skg..bersyukur kerana allah memurahkan rezeki kita..tp pada yg sombong beringatlah semua ni hanya pinjaman darinya sahaja ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujian bagi yang menuntut ilmu tetap ada. orang yang berjaya melepasi ujian ini akan mendapat ganjarang yang hebat dari Allah

      Delete
  9. salam jumaat kak mia.. setuju dengan entri kak mia ini. lagipun, menyombong ini takkan membuatkan seseorang itu pergi jauh. Seiring dengan itu, pasti akan ada saat kejatuhannya.

    ReplyDelete
  10. betul tu kak.. mase study pun byk yg sombong sbb die pandai. nk kwn pon dgn yg pandai je.. nak mintak ajar lagi la payah.. sedihnye ada insan mcm tu..

    ReplyDelete
  11. yup betul tu, kena ikut resmi padikan !

    ReplyDelete
  12. Sepatutnye ikut resmi padi
    Makin berilmu, makim tinggi pangkat sepatutnye makin merendah diri


    www.aimiemokhtars.com

    ReplyDelete
  13. Salam Jumaat kak Mia...sangat setuju dgn entri akak...org yg sombong akan selalu rugi...

    ReplyDelete
  14. hurmmm betul tue kak mia...ilmu patut di kongsi bersama..^^

    ReplyDelete
  15. Ilmu dan pangkat yang ada adalah untuk dimanfaatkan supaya mendapat keuntungan kepada diri sendiri dan orang lain juga. Tetapi kalau salah guna dan bertujuan untuk beriak-riakkan, tanggunglah azabnya nanti

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum mia...semoga kita tak tergolong dlm golongan org yg begini...:)

    ReplyDelete
  17. kita memang dituntut menuntut ilmu, namun ujian bagi oran yang berilmu adalah sombong

    ReplyDelete
  18. semoga kita dijauhkan daripada sifat sombong dan bongkak.. huhu..

    ReplyDelete
  19. Dunia hanya sementara akhirat kekal selamanya. Sifat bodoh sombong bongkak dan takbur adalah bukan ajaran Islam.

    ReplyDelete
  20. Seharusnya bila semakin tinggi ilmu semakin merendah diri barulah bersifat mulia. Jangan terlalu sombong kerana semua itu pinjaman Allah sahaja

    ReplyDelete
  21. Jangan terlalu mendongak ke langit,sampai tak sedar dah jauh dari tanah.

    ReplyDelete
  22. Semakin tinggi ilmu semakin tinggi lagi tuntutan tanggung jawabnya terhadap ilmu itu sendiri dihadapan Allah swt jika tidak di sampaikan kepada umat dan sombong itu adalah perasangka sangka andaian dan andaian

    ReplyDelete
  23. Itu seharusnya.. Jangan sombong! Jauhi..

    ReplyDelete
  24. Betul tu.. jadilah spt padi.. semakin berisi, semakin tunduk.. thanks sharing :)

    ReplyDelete