Sebelum ini Mia ada beli satu power bank yang kecil, kapasiti 5200 mAh untuk buat backup bateri handphone. Kisahnya ada di SINI. Tetapi sekarang rasa macam tak cukup sebab asyik berebut dengan Suami Mia dan Sofea. Maklumlah semuanya dah ada smartphone masing-masing.

Dah tiba masanya nak beli satu yang khas untuk Samsung Galaxy Note 3 ini. Bila outstation senang nanti. Lagi satu, Mia pun guna Note 3 untuk internet, blog, twitter, instagram, whatsapp, wechat, emel, google+, skype, camera, photo editor dan lain-lain aplikasi mobile.

Ada 2 jenis power bank yang Mia berkenan semasa jalan-jalan di Kompleks Pertama Kuala Lumpur tempohari....

Power Bank Samsung 8450 mAh
RM 120


Power Bank MOLID 30000 mAh
RM 150

Mia dalam proses mencari power bank yang sesuai dan selamat digunakan. Kena pilih yang betul-betul berbaloi dan berkualiti. Nak beli kat Johor Bahru je...

sukarnya nak buat keputusan....