Inilah dia hadiah untuk Sofea yang dapat semua A dalam final exam tadikanya tahun ini. Ada dikisahkan di SINI. Dah lama Sofea nakkan set mainan play-doh. Cuma Mia dan Suami Mia nak tunggu sehingga keputusan final exam Sofea keluar. Dah janji dengan dia, kalau semua subjek dapat A, baru kami belikan. Sementara itu, saban hari Sofea asyik tengok video main play doh di youtube sahaja. Memang betul-betul berminat ni...

Semalam, semasa pergi ke Jusco Bukit Indah, kami belikan Sofea satu set Play-Doh Perfect Twist Ice Cream. Betapa sukanya dia. Terus ceria sangat. Bukannya apa.. supaya rasa dihargai apabila mendapat keputusan yang bagus semasa exam. Kiranya sebagai perangsang supaya akan datang dia akan kekal belajar dengan bersungguh-sungguh.

tak pasal-pasal mak dan ayahnya pun kena main sama... (^_^)


Jemput join Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi