Alhamdulillah.... memang dah sah negeri Johor akan mula cuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu pada tahun 2014. Bagi Mia ini adalah perubahan yang bagus kerana waktu kerja pada hari Jumaat adalah singkat. Kembali seperti dulu.

Mungkin akan kekok sedikit di bulan Januari 2014 pada mulanya. Nak biasakan diri tu agak payah. Nanti lama-lama akan terbiasa.

Selepas ini, akan sama cuti mingguan dengan negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

terjawab sudah segala spekulasi sebelum ini....