Alhamdulillah.... syukur sangat. Selesai sudah urusan penting Mia petang tadi. Semalam, malam tadi, pagi tadi, tengahari tadi asyik mengadap itu sahaja. Kononnya cuti nak rehat-rehat. Tak ada maknanya.

Macam-macam dugaan. Printer kat rumah problem tak boleh print (dah lama tak guna), masa ini pen mata bulat hitam tak nak keluar dakwat, isi borang asyik tersilap sampai 8 helai (nampak sangat dah lama tak menulis, asyik menaip) dan ada dokumen yang tertinggal terlupa nak disahkan (terpaksa pergi pejabat minta pengesahan bos).

Petang tadi sebelum pukul 5.00 petang dah selamat hantar by hand. Doa sangat agar berjaya permohonan Mia kali ini...

nasib perasan semalam... syukur ada suami yang banyak membantu...