Sejak semenjak sebulan dua ini, Mia asyik sakit kepala dan mata kadang berair bila memandu di waktu malam. Bila tengok cahaya lampu, terasa silaunya mata ini. Bila dah banyak kali alami perkara ini, Mia rasa dah makin naik power mata ini.

Malam tadi Mia pergi kedai cermin mata Jack. Mia memang pelanggan tetap kedai ini dari mula anak dara sampailah sekarang. Jack memang amat memahami Mia. Katanya mata Mia terlalu letih. Power tak naik sebenarnya. Rabun silau ada naik sedikit tetapi akan kembali normal bila mata dah tak letih lagi. Kat gambar di atas, cermin mata baru di sebelah depan, yang lama di belakang.

Kali ini dia cadangkan guna cermin mata fleksibel Polo Marine dan cermin Blue Whale, Super Blue Coat Lens yang boleh membantu menjaga mata dari biasan cahaya LED di sekitar kita seperti handphone, komputer, laptop, televisyen dan lain-lain lagi. Pendek kata, mata akan lebih selesa. Untuk lebih lanjut cuba tengok gambar di bawah ini. Sila klik pada gambar untuk besarkan.



Dalam seminggu akan siap. Harganya pun murah dan dalam bajet Mia. (^_^)

sebelum ini kisah tukar cermin mata ada di SINI dan kedai cermin mata Jack di SINI.