Pagi ini Mia telah selesaikan satu kes blog yang blognya tidak boleh dibuka tetapi redirect ke URL lain. Bila taip url blog http://ayudzul.blogspot.com terus akan keluar ini..


Mia tidak berapa pasti sudah berapa lama Mama Vogue alami ini. Pagi tadi baru sempat balas mesej dia di inbox fb. Minta maaf ya agak lambat dan lama menanti. Dia contact Mia selepas dapat recommendation dari Bro Framestone. Dia dah buang semua widget di blog tetapi tetap keluar juga yang ini.

Kes ini sememangnya sangat bahaya sebab ada coding dalam blog template yang memanggil script tertentu di luar url blog kita dan redirect blog kita ke URL lain. Agak-agak sedih tak bila buka blog sendiri, benda lain yang keluar. Mahunya stres teramat sangat.

Kebetulan masa Mia belek coding di blog template, terjumpa script yang pelik, yang tidak sepatutnya ada dalam blog template. Script itu tidak mengandungi URL seperti di paparan atas. Script itu memanggil script lain yang berada di luar. Makanya, bila buka blog akan redirect ke URL yang diletakkan dalam script lain itu. Selepas buang script pelik itu, blog Mama Vogue dah boleh dibuka seperti biasa.

Dinasihatkan agar berhati-hati memasukkan coding luar ke dalam blog template jika tidak pasti dan faham maksud coding itu. Kerana ianya boleh memanggil coding-coding lain yang di luar untuk berbuat sesuatu pada blog kita. Kadang kita tak perasan, tetapi inilah hakikat sebenarnya. Terutamanya kalau nak edit blog sendiri, kena perlu lebih hati-hati selepas ini ya....

leganya... kes dah selesai..