Kalau datang ke blog ini, tentu perasan banyak kisah personal yang Mia update ke dalam blog. Pengisian yang santai dan tidak terlalu berat. Majoritinya kisah tentang kehidupan Mia, kerja Mia, keluarga Mia dan hobi Mia. Kadang ada diselitkan juga informasi semasa dan apa yang berlaku di sekeliling Mia.

Sebelum ini Mia ada update 2 entri tentang blogger personal iaitu Blogger Personal - Blog Adalah Segalanya dan Bebel Tentang Blog (3).

Ternyata Mia lebih selesa dengan niche blogger personal. Rasa lebih meluas dan boleh dapat pelbagai bahan untuk update ke dalam blog. Tak kisahlah, entri pendek atau panjang. Entri berat atau santai. Ikut suka kita asalkan tidak keterlaluan. Lebih senang  dan seronok dengan cara ini.

jangan rasa terkongkong bila berblog...