Jangan Asyik Cakap "Tak Tahu" Bila Buat Kerja



Entri Mia yang ini pula... Mia nak cerita tentang etika ketika kita bekerja. Mana-mana tempat kerja pasti ada juga orang yang jenis cakap "tak tahu". Terus terang Mia katakan apa yang kita belajar di Politeknik, Kolej, Universiti hanya asas sahaja. Bila masuk alam pekerjaan tak akan sama. Kadang banyak benda yang kita tak tahu tapi apalah salahnya cuba belajar sebab dah itu kerja kita. Janganlah pula memanjang jawab "tak tahu" bila bos tanya kita. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Janganlah terlalu bangga ada kelulusan tapi tak boleh buat kerja yang diberikan atas alasan "tak tahu" dan "dulu tak pernah belajar". Alam belajar dan pekerjaan tidak sama.

Jangan asyik menangguhkan kerja sebab tak tahu nak buat macam mana yang akhirnya akan menyusahkan orang lain yang terpaksa menanggung kerja itu dan pada masa yang sana kena juga buat kerjanya sendiri. Tak ke.. menganiaya orang itu. Gaji dia tetap sama bukannya bertambah. Bila kerja itu hasilnya bagus, terus mengaku itu kerja dia, padahal orang lain yang buat. Bila tak bagus pula, hanya diam dan buat tak tahu. Pandai pula berlakon. Sentiasa ada alasan untuk menyelamatkan diri.

Mungkin ramai yang tak sedar tentang perkara ini. Bila kita dibayar sekian amaun gaji untuk kerja yang patut kita buat. Buatlah betul-betul, barulah ada keberkatan rezeki di situ. Kalau kita lepaskan kerja kita pada orang lain? Boleh tak beri sekali gaji kita sikit? Tentu tak nak kan... macam tu lah kaedahnya. Terasa tidak adil di situ. Selalunya berlaku pada orang yang kaki bodek, suka lepas tangan tapi gaji nak jalan. Orang macam ini memang akan menyusahkan orang lain. Besok-besok kalau orang itu dah tiada (ie. pindah tempat kerja), nak tak nak kena buat kerja sendiri juga kan...

Apa yang kita boleh buat, doakan saja mereka yang jenis macam ni, biar diberi petunjuk dan hidayah. Moga sedar diri dan hargailah orang-orang lain yang sama-sama kerja dengan mereka.

sekadar luahan... nak sedarkan...

Post a Comment

23 Comments

  1. kalau semua tak tau...masalah gak tu...kang kalau bos tak byr gaji..dia pun jawab tak tau..masak nnt! :P

    ReplyDelete
  2. Tak tahu blh bljr kalau dia ckp tak tahu memang nak kena ti

    ReplyDelete
  3. Betul tuh..mane ada keje yg xde masalah kan..ape2 keje pun la...
    lagipun keje di bayar gaji..jadi kena la buat keje tuh sebaik mungkin..jgn asyik x tahu aje..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...betul tu kalau x tahu kenalah belajarjgn asyik ckp x tahu jer..:)

    ReplyDelete
  5. noe pun x suka....anak2 noe pun dah tahu...jgn sesekali cakap tak tau...bila x tau kena la belajar...sampai bila tak tau nyer

    ReplyDelete
  6. ada yg suka berlagak bodoh.. selamat selalu. biar yg pandai ni buat..
    cemuh juga.

    ReplyDelete
  7. jenis suka pass kerja sendiri kat org lain ni memang sakit hati...dia boleh duk rileks goyang kaki main FB..kita gak yg lari terkejar sana sini..yg dia tau nak urgent..err

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya bukan "tak tahu" tapi agak pemalas. Bukan dalam kerja je, waktu berlajar pun kita kena selalu ambil "tahu" maksudnya merajinkan diri untuk mencari maklumat dan belajar. Tak apalah tak pandai atau tak tahu pun asalkan rajin berusaha nak tahu.

    ReplyDelete
  9. kita kena ada inisiatif jugak nak belajar something. kasi alasan tak tahu is so lame rasa cem oooi ko duduk abad kebrapa kan.. and tak boleh bertanya ke at least orang nampak effort nak belajar tuh.. eeeh sorry kak.. teremo pulak :D

    CT ada buat giveaway..
    mai jemput tengok kalau sudi boleh join jugak..

    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/07/giveaway-wow-hari-raya-by-siti-yang.html

    ReplyDelete
  10. Jawab 'tak tahu' dekat bos memang mengundang kemarahan bos..
    So kene jawab 'Ok' je.. setakat kerja 8 thun ni x boleh pun nak jawab 'tak tahu'.. Pelik jugak macam mane ade org boleh jwb sesenang tu..

    ReplyDelete
  11. betul. masa saya nak intern dulu pun, ummi saya ada cakap. bila boss tanya, jangan jawab tak tahu. even tak tahu, jawablah sekadar yang kita boleh faham.

    lagi-lagi kalau tanya pasal company tu. mahu kata tak tahu.

    ReplyDelete
  12. Tetapi ada sesetengah orang lebih suka bagi alasan tidak tahu untuk mengelakkan diri dari buat kerja diluar bidang kerja beliau.

    Masing-masing ada job scope masing-masing

    ReplyDelete
  13. Memang ramai pun yang jawab 'tak tahu' ni. Dekat mana2 pun sama kan. Kadang2 dah malas nak layan dah dgn orang perangai yg macam ni.

    ReplyDelete
  14. sabar ye kak...memang dalam dunia ni ada yang macamni...
    belajar dari pengalaman, barulah kita tahu apa yang kita tak tahu...
    terima kasih berkongsi kak...

    ReplyDelete
  15. Tak seronok betul jumpa dgn org mcm tu...

    ReplyDelete
  16. kl jumpa orang yang macam ni mmg nak kena sekeh je..hehhe...gaji nak, keje malas..huh!

    ReplyDelete
  17. kalo rajin beljr dan berusaha mencri peluang dan ruang pasti akn thu ye mcm maner nak bt sesuatu itu dan no say tak tahu lg dah

    ReplyDelete
  18. betul tu kak.tapi jangan sampai membuli pekerja yang baru masuk

    ReplyDelete
  19. dah biasa berhadapan org mcm nih..padahal tuh la tugas dia..bila kerja tuh kita kena buat dan org yg sepatutnya buat kerja tuh duk seng leng...asyik ckp xtau...kalo xtau buat aje belajar kan

    ReplyDelete
  20. kalau tak tahu pada tempat tak pe kan kak??
    itu smpai buli praktikal payah tuu..

    ReplyDelete
  21. Alah kerja gomen bawah kementerian tercorot.....kes banyak pengurusan tido lena...."takpayah tunjuk rajin " Takpayah Tunjuk pandai" nanti semua kerja kena buat. Lain kali kalau pegawai atasan kasi kerja cakap apa ? "Sibuk banyak kerja" kalau pegawai atasan tanya itu ini cakap apa ? " tak tahu" ...lagi pun pegawai atasan cuma pandai kenyangkan perut sendiri aje......Alah kerja gomen pastu gi jumpa bomoh mintak pendinding supaya pegawai atasan tengok kita kesian sibuk busy , supaya pegawai atasan dengar cakap tunduk dgn kita....ni lah bangsa melayu. Tak semua yang macam tu cuma segelintir aje...yang jahat umurnya selalu panjang...

    ReplyDelete