Meeting Untuk Persediaan MGPWA 2014


Semalam... Mia ada meeting untuk Persediaan Penilaian Laman Web MGPWA 2014 di Menara Sentul, Kuala Lumpur dibantu oleh Shila, kerani baru di Unit ICT (kesian dia.. baru sebulan dah macan-macam kena buat).

Bukan senang nak dapat 5 bintang. Banyak juga yang dapat diselesaikan untuk menambahbaik laman web sedia ada dan juga perbincangan mengenai pengemaskinian maklumat. Kalau Mia nak buat semua memang tak larat. Banyak aktiviti laman web ini merangkumi hosting, design, programming, portlet, maklumat, penyelenggaraan, risiko keselamatan dan lain-lain lagi. Cuba bayangkan kalau semua serba online memanglah tak cukup tangan.

Alhamdulillah, tahun ini pejabat Mia ada melantik Syarikat Alam Teknokrat Sdn Bhd (SKALI) untuk tujuan ini. Syukur sangat paperwork yang Mia buat tahun lepas untuk dapatkan bajet, lulus sepenuhnya. Mia hanya perlu memantau dan menyelia maklumat yang perlu dimasukkan, mendapatkan maklumat daripada bahagian-bahagian lain dan juga memastikan laman web sentiasa dikemaskini.




Ini adalah salah satu dari kerja-kerja di bawah tanggungjawab Mia. Bukannya mudah. Semua benda kena ambil tahu.

Kalau seorang yang kena buat semua ini, tentulah perlu melantik perunding perkhidmatan untuk bantu. Dahlah seorang ini bukan buat kerja ini saja, ada juga kerja lain yang nak dibuatnya juga..

just cerita kat blog ni supaya orang nampak kerja ICT banyak cabangnya... sangat sedih bila orang kata ICT ni tak ada kerja....

Post a Comment

10 Comments

  1. klu bkn org ict diorg taktau .. tp bkn sennag nk buat laman web .. dlu penah tolong member buat satu laman web utk forum .. ssh betui nk buat codingnye ..sbb konpius sbb ai bkn org ict .. bg org it mayb coding tu diorg dh hafal mudah kot

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mia...betul la mia anak mama pun alami perkara yg sama...ada yg ckp bahagian IT ni x ada banyak kerja tapi bila mereka duduk dlm bahagian ini pasti tahu bagaimana keadaannya...bila ada sesuatu kes tu mmg terpaksa lakukan dan siapkan sampai lewat mlm...

    ReplyDelete
  3. biasalah kak mia... org tak duduk di tempat kita mmg suka berkata-kata.... apa pun biar sahaja Allah yng menilai kerja kita itu... insha Allah... moga dipermudahkn urusan akk mia..

    ReplyDelete
  4. cer soh deme dok tempat akak.. baru deme rasee.. :-)

    ReplyDelete
  5. semoga sis dpt laksanakan tnggungjawab dgn baik..
    bidang ICT mmg meluas pon..

    ReplyDelete
  6. Nampak kesibukan Kak Mia kat situ..sure banyak kerjanya..

    ReplyDelete
  7. sape kata ICT xda kerja??
    hanya orang yang bercakap tu je rasanya yang tak banyak kerja sebenarnya he.

    ReplyDelete
  8. kalo bab ict sy surrender...huhu

    ReplyDelete