image Fakta Menarik Mengenai Orang Johor - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Monday, 15 April 2013

# Community

Fakta Menarik Mengenai Orang Johor


Siapa anak Johor di sini? Mia anak jati Johor. Wahhh.... ada juga fakta menarik yang dikongsikan dalam fanpage Johorean. Mia berkenan pula nak kongsikan di dalam blog ini. Bagi mereka yang bukan datang dari Johor bolehlah tahu serba sedikit fakta menarik ini.




Fakta Menarik Mengenai Orang Johor 
  1. Kita tidak mempunyai loghat tersendiri. Tapi kebanyakkan ayat dalam pertuturan kami ditamatkan dengan 'ekkk'. 
  2. Apabila bercakap mengenai Johor, kita merujuk kepada Johor Bahru iaitu ibu negeri.
  3. Perkataan Johor disebut dengan bunyi Joho.
  4. Kita selalu sebut "sangap" iaitu sama erti dengan menguap.
  5. Kita mencipta Mee Bandung dan mee ini tidak ada kena mengena dengan Bandung, Indonesia atau Air Bandung. 
  6. Kita ada Gerobok atau gobok iaitu almari dan juga Gebor iaitu selimut.
  7. Hanya orang Johor sahaja yang berendut (endut). Perumpamaan untuk kekasih atau teman istimewa.
  8. Kebanyakan orang Johor terutama selatan menggunakan perkataan "anu" sebagai ganti perkataan buat. Anu bukan perkataan lucah. 

Penjelasan dan huraian daripada Mia

Perasan kan? Kadang-kadang ketika membalas komen di dalam blog ini, Mia ada gunakan perkataan 'ekk' sebagai penguat / penegasan kata sebelumnya. 

"Nak balik mana ni?". "Nak balik Johor, bang". Secara automatik semua akan tahu yang dinyatakan itu adalah Johor Bahru. Mia pun pelik juga. Tapi itulah lumrahnya.

Kalau sebut Johor rasanya memang tak dengar pun ada bunyi r kat belakang tu. Memang akan sebut Joho. Huruf r dibelakang memang tidak akan kedengaran disebut. Bila sebut sehingga ada bunyi r di belakang, terasa ganjil pula bunyinya.

"Kalau sangap tu, tutuplah mulut". Daripada mana datangnya "sangap" pun Mia tidak tahu. Dah macam pengganti kata untuk "menguap". Penggunaan "sangap" memang dah didengari sejak kecil lagi.

Mee bandung memang betul-betul makanan kesukaan anak Johor. Namanya memang tiada kaitan dengan nama Bandung yang lain. Dah memang macam tu lah namanya. Kita ikutkan sahaja. Memang sedap Mee Bandung ini, kalau datang Johor cubalah rasa. Memang terangkat.

"Minah, ambilkan tuala kat gerobok tu". Memang selalu panggil almari dengan nama gerobok atau gobok. Senang nak sebut dan dah terbiasa menyebutnya. Kalau sebut almari, macam susah, boleh tersasul kalau sebut laju-laju.

"Tu endut siapa tu?" Hah.... nama ni memang unik. Endut itu memang sebutan orang Johor yang merujuk kepada kekasih atau teman istimewa.

"Buat apa tu?". " Ala.... tengah anu ni. Belum siap lagi. Esok nak hantar". Memang orang Johor akan sebut anu bagi satu-satu kata perbuatan sambil menunjuk perbuatan tu ketika berkata anu. Jadi orang yang bertanya mudah faham. Kadang bila terleka membuat satu perbuatan, perkataan sebenar tidak sempat nak disebut maka digantikan dengan anu, yang lebih senang.

Itulah penjelasan dan huraian yang Mia dapat simpulkan di sini tentang fakta menarik mengenai orang Johor.  Ini hanyalah pendapat Mia sahaja. Mungkin orang lain ada pendapatnya sendiri. 

Selamat berkenalan dengan orang Johor ya...

mana tahu kot-kot dapat pasangan hidup dengan orang Johor ke... menantu orang Johor ke... kena tahu juga kan...

68 comments:

  1. saya pun anak johor he3... walaupun membesar di negeri sembilan.. tapi loghat utama kat rumah loghat johr.. tang perkataan 'ekk'.. tu wajib ade!

    ReplyDelete
  2. wah nice entry =) , saya pun orang johor =)

    ReplyDelete
  3. Tengah anu (blogwalking) ni.. hheehe

    betol ke Kak Mia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu mieza... konon2 ibarat tengah tunjuk kak mia mieza depan lappy sedang blogwalking... nasib ada ( dan )..... heheheh

      Delete
  4. yang perkataan ekk tu saya tau :)
    saya suka makan me bandung, tapi tak tau asalnya dari johor..

    ReplyDelete
  5. Hehe... Betullah tu kak.. 4 thun di perantauan johor... Byk loghat dan istilah johor yg biasa kita dgr... Satu lagi.. Sebutan muar..nama tempat kt johor.. Pun xde 'r' gak.. Hehe... Lagipun dh khwin dgn org johor gak... Kdg2 gduh gak sbb dia pggil lain sy pggil lain.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... malas nak sebut r.. nanti jadi keras pula. bila dibuang r jadi lembut je bunyinya... (agaknya camtu la)

      Delete
  6. semangka sekilo berape ekkk? bangga jd anak johor.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekilo tak ingatlah latifah... hehehe nak beli ekkk? kak mia pun bangga jadi anak johor..

      Delete
  7. eh..lyeen ada classmates 2 org org johor..ehehe....mereka baik2 saja..:D

    Lyeen org sabah bah...kami guna BAH sebagai penguat..ahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo takpe bah..... lama2 nanti akan terbiasa bah... (betul ke camtu bunyinya?) hehehe..

      Delete
  8. sy org ngeri smbilan yg blajar kt johor n ramai kawan2 johor
    mmg dh byase dgn perkataan2 tu n sy pn kadang2 guna
    dsebabkn blajar kt johor, sy pn dh suka ngn johor n teringin nk menetap sana nt..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo baguslah camtu.. budaya johor meriah kat sini.

      Delete
  9. saya bukan berasal dari Johor...purely originated from KL..lol...tapi saya ada kawan Johor yang ramai masa zaman Uni...dan mereka selalu sebut ...Gerek Sey...membuatkan saya terikut2 sampai sekarang...ekekekeke...tak pasti sama ada memang orang Johor cakap cenggitu atau influence Singapore... ^_^ heee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo... gerek seyy... maksudnya lebih kurang macam cantik, anggun, rare...

      ni pengaruh kuat dari singapore... heheheh

      Delete
  10. Mia orang Joho erkk...? mama'D pon beranak sana...tp 'dilarikan' ke Kedah...hilang terus erkk dia..., pcl tetap dengan Perak yg tak pandai langsung cakap serupa Usop Wilcha.., apa pon mee bandung muar sedapp !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... oooo dah duduk kedah, hilanglah ekkk nya. takpe pcl.. janji boleh cakap bahasa melayu. mia pun kadang tak faham dialek2 utara dan timur ni. tercengang bila dengar rakan2 ofis cakap...

      Delete
  11. selalu saya gunakan perkataan ekkk dalam blog dan bercakap....

    ReplyDelete
  12. ghobok = almari dalam loghat klntn ,hehehe

    ReplyDelete
  13. thanks..pasangan saya org johor..hehehe

    ReplyDelete
  14. saya org muo kak mia he3....kt ofce mmg sllu sebut 'anu' mmg trk kena gelak n perli dgn bos n ofcemate,diorg tu org perak..saya sorg je org johor bygkanlah!!!

    atok saya cukup suka cakap endut..nmpk comel je berbanding sebut pakwe/makwe,kan.ekkk mmg wajib n ok lagi skli menjadi usikan bos alahai.tu blm lagi kalau saya bhsakan diri 'orang' kat ofce.mmg blurlah org perak sekejap hhahaha...

    gobok,gebor,muai(cukup2)...mmg sllu ckp kt umah.mee bandung kalau ank jobhor kenalha tau masak.kawin dgn org perak...ms mula2 kawin fmly mertua nak bljr msk mee bandung n asam pedas org johor he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "oooo si anu..." memang kelakar pun kalau bukan orang johor. penat nak terangkan... "anu ni...."

      betul la.. endut memang sopan skit bunyinya... daripada kekasih nampak sangat.

      wahhhh... bagusnya siap ajar keluarga mertua... suka tengok alea.

      Delete
  15. saya poon anak jati johor yg comel2 tu :) HAHA suka post ni.rindu negeri klahiran plk.
    makkk nk blk :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. "bila balik johor?" heheheh ni mesti kes dah lama tak balik ni...

      Delete
  16. pernah kerja kat sana...tau sikit2..dulu MV pun kalau cakap ada ek..hehehe..MV kalah sebut muar akan jadi muo..beso..R mmg takde bunyi kan kak

    ReplyDelete
  17. oooo org johor rupanyer...ehehe kalau de mase nk singgah johor sebulan..ade nak ikut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo elok benar la tu... balik nanti dah pandai cakap ekkk

      Delete
  18. Betul la.saya setuju dengan apa yang akak cakap itu.Dulu saya kalau ckp dgn kawan2 luar,kalau nak balik Johor,selalu cakap nak balik johor.Sampai org semua pelik,dh duduk johor nape nak balik johor.Hhehehee..kita suka sebut ekk dan anu.Sampai masa belajar dkt KL,most kawan2 cakap kuat giler loghat johor ko..hehehe....Bila sebut ekk..dh tahu dh orang johor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun amilyn... tu simbol identiti orang johor yang tak boleh dipisahkan walaupun berada di ceruk mana pun...

      Delete
  19. Terbaiklah mee bandung muo dan otak-otak eekkk!!!

    ReplyDelete
  20. penah buat praktikal kat muar dulu, dan kawan2 ms belajar pun majoriti adalah org johor....so, loghat johor penah melekat jugak la dulu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo gitu... memang secara automatik memang akan melekat sebab tiap2 hari dengar... ;)

      Delete
  21. I'm Johorean!!
    ada jugak share info pasal bhs johor di blog sy..http://meetmissza.blogspot.com/2013/01/bahasa-johor.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh baguslah entri tu.. siap ajar bahasa johor lagi... terbaikkk..

      Delete
  22. wah ni entri kenegerian ekk?...hehehe....(gurau2 je)

    ReplyDelete
  23. forever KL...hahaha...Kelantan celop Siam sikit

    ReplyDelete
  24. hehe..roomate saya orang johor..Ramai kawan2 orang johor..hehe..yang tak tahan bila ada budak kedah kata dia mencarut..anu..anu..Nasib baik saya dah faham.

    ReplyDelete
  25. Lagi satu fakta. Kalau cakap 'juga' bukannya sebut 'juga' atau 'jugak' atau 'juge' tapi 'jugek' hahaha /sebahagian/

    ReplyDelete
  26. Hidup OKje!!!! EH? syok sendiri ke apa ni hehe...

    Sangat setuju 150% dengan fakta tu

    ReplyDelete
  27. shida teringin nk jejak kai ke jhor kak..masih mncari msa..inshaaallah destinasi ptma untuk tahun ni :)

    ReplyDelete
  28. logat johor agak 95 peratus sama dg logat kami di riau-bentan :)

    ReplyDelete
  29. Emak beranakkan saya dekat Joho ( Johor Bahru). Bapak kerja kerajaan. Umo 4 tahun ikut pindah pergi Muo. Umo 5 tahun ikut pindah pergi Segamat pulak. Masok sekolah darjah 1 dekat segamat. Darjah 3 pindah balik ke Muo masuk sekolah Ismail School 1 sampai darjah 6. Lepas tu ikut pindah ke Batu Pahat. Form 1 Form 2 lepas tu pindah balik ke Muo masuk sekolah Tunku Mahkota Parit Raja sampai LCE. Lepas LCE masuk High School Muo sekejap dalam sebulan gitu. Lepas tu masuk TIKL. Tak lah duduk Joho (Negeri Johore) lagi sampai sekarang. Balik balik cuti je. Mak duduk Joho (Johor Bahru).

    ReplyDelete