Makan Buah Pisang



Rajin pula Suami Mia beli pisang hari ini. Sofea memang suka makan. Bagus kalau kita makan pisang. Banyak khasiat dan kelebihannya. Mengandungi banyak nutrien dan vitamin yang menyihatkan badan.

Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gmserabut, dan 116 kcal tenaga.
Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.
Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.
Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.
Sumber : SINI
Hmmm... jarang makan buah pisang kat rumah ni. Selalunya buah tembikai. Buah penting untuk kesihatan badan kita.
dapat vitamin original dari buah... (^_^)

Post a Comment

17 Comments

  1. Pisang baik untuk digestion dan banyak beri tenaga. :)

    ReplyDelete
  2. Sy tgh suka mkn pisang skrg ni... Hehe... Mesti de stok kat umah... Hehe.. Sebelum tido bngun tido makan pisang... Pisang dpt naikkan berat badan sy juga.. Hehhe

    ReplyDelete
  3. Pisang pon bagus untuk sistem penghadaman...

    ReplyDelete
  4. pisang memang baik untuk perut kan
    :)

    ReplyDelete
  5. Wah !!! Saya paling suka goreng pisang dan cekodok pisang.

    ReplyDelete
  6. pisang mmg sedap..lame dah x makan pisang :(

    ReplyDelete
  7. saya baca, sebelum interview, try lah makan buah pisang. pisang merelax kan kita...

    ReplyDelete
  8. dapat pisang kecik2 ni syiok je makan depan tv sambil tengok drama... sedap !

    ReplyDelete
  9. Suka makan buah pisang ni terutamanya bila sistem penghadaman kurang stabil...hehe

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum mia...betul tu makan pisang ni baik utk pencernaan kita...:)

    ReplyDelete
  11. Suka jugak makan pisang..takpun buat banana milk shake

    ReplyDelete
  12. Sedap! Mieza pun suka pisang.. Kalau dah makan tak reti berhenti.. Hehehe..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete