Itu hari baru saja Mia beli Cetaphil Gentle Skin Cleanser Twinpack 500ml x 2. Tengaharinya pula, Mia ada order sunblock Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+/UVA 28 Very High Sun Protection selepas tidak jumpa walau dah cari-cari di beberapa farmasi berdekatan sejak minggu lepas.

Harganya RM82.90 + RM3.50 (kos poslaju)


Kali pertama Mia shopping online untuk produk farmasi. Pecah rekod ni. Kena beli juga ni sebab krim sunblock yang ada hampir habis digunakan.

Mia baru nak cuba sunblock Cetaphil ni. Berkenan kat ciri-cirinya yang hypoallergic, water-resistant dan fragrance-free. Kalau sesuai dan kulit muka tiada masalah, Mia akan teruskan menggunakannya.

penting sunblock ni...