Sekejapnya masa berlalu. Dah sampai pula kita di penghujung tahun ini. Bulan Disember 2014 kini muncul. Coretan sebagai blogger personal di blog ini akan dijadikan kenangan di kemudia. Banyak perkara suka dan duka yang berlaku di sepanjang tahun ini. Ada juga azam tahun ini yang Mia tak dapat capai walaupun dah berusaha bersungguh-sungguh di samping doa yang tak putus-putus. 

Kerjaya
Bulan Disember ini saat puncak kerja-kerja yang masih pending harus diselesaikan juga by hook or by crook. Suka ke.. tak suka ke.. kena buat juga. Mohon kerja untuk kenaikan pangkat untuk gred 41 pun dah merata. Mungkin belum ada rezeki tahun ni.

Blog
Tetap sweet dan sentiasa berupdate walaupun mood kadang ke laut. Sebab apa.. sebab Mia ada anda semua yang sudi menyokong Mia di kala susah atau pun senang. Tak pernah lupakan Mia. Ingat Mia kat sini. Terima kasih ya... Rezeki dari blog pun, alhamdulillah. Walaupun tidak banyak mana, sekurang-kurangnya ada juga pendapatan sampingan dari blog tercinta. Banyak aktiviti-aktiviti di blog yang Mia dah buat tahun ini demi merapatkan hubungan maya dengan blogger-blogger lain. Walaupun blog Mia ini blog personal saja, tapi inilah yang Mia ada. Too precious for me. Mia masih seperti dulu yang anda kenali, tidak pernah berubah pun. Touching lah pula.

Membebel la pula pagi-pagi ini, Flash back...

tahun depan 2015... bakal penuh dengan harapan.. moga ada sinar buat Mia nanti.. amin...

Sedang berlangsung :
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com
Blogger dijemput join, klik SINI.