Tadi tengahari Mia ada printscreen. Baru petang ni nak update ke blog.

Macam ni... ini memang dah macam habit Mia bila update blog. Mulalah bila ada masa free tu... mencari entri kat dalam enjin carian (search engine) seperti Google, Bing dan Yahoo. Muka tak malu ni.... hihihihi..

Bukannya apa... kadang nak tengok sama ada entri itu dah diindeks enjin carian ke belum. Kalau dah diindeks, rasa lega skit. Dapatlah juga trafik pengunjung melalui enjin carian.

Jom tengok Mia ngada-ngada cari entri INI.


Google 

Yahoo Malaysia

Bing

Inilah dia kekuatan satu-satu blog. Bayangkan kalaulah entri itu entri SEO yang hangat diperkatakan atau berita semasa atau entri yang dicari orang, tentulah akan jumpa entri kita kat enjin carian. Penggunaan keyword yang bersesuaian di dalam entri banyak membantu untuk blog kita dijumpai di enjin carian.

Mia tetap update santai-santai. Kadang tu, entri berinformasi juga. Yang penting tak lari dari niche blogger personal.

nak tanya.... ada pernah cuba ngada-ngada cari entri sendiri tak kat enjin carian? hmmm... jumpa tak?