HOTEL DAN HOMESTAY DI KUANTAN PAHANG


HOTEL DAN HOMESTAY DI KUANTAN PAHANG

Salam sejahtera. Atas permintaan daripada seorang sahabat, entri Mia kali ini adalah berkenaan hotel dan homestay di Kuantan Pahang.

Apa perbezaan hotel dan homestay? Hotel menyediakan perkhidmatan sewaan bilik berserta kemudahan di dalam bangunan yang sama manakala homestay pula menawarkan sewaan rumah atau bilik secara harian. Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jadi bergantung kepada keperluan dan jumlah orang untuk menyewa bilik hotel ataupun memerlukan sebuah rumah untuk disewa.



Ada lebih dari 60 hotel di Kuantan Pahang yang boleh ditempah secara online. Mencari hotel tidak susah tetapi mencari yang berbaloi dan selesa serta mengikut bajet memerlukan kesabaran. Di sini Mia senaraikan beberapa hotel yang boleh dipilih apabila anda ke Kuantan.

1. Hotel Sentral Kuantan

Terletak di bandar Kuantan, hotel ini berada di tepi Sungai Kuantan. Anda boleh menginap di hotel ini sambil menikmati pemandangan Sungai Kuantan. Hotel ini harganya bermula dari RM 120.00 dan mempunyai perkhidmatan seperti wifi, perkhidmatan dobi, penyimpanan beg, pengering rambut, peti simpanan deposit dan minibar. Hotel ini juga sesuai untuk dijadikan tempat mesyuarat kerana ada disediakan kemudahan tersebut.

No 45-P Jalan Besar, Kuantan, Malaysia, 25000


2. Sri Manja Boutique Hotel

Berhampiran lapangan terbang Kuantan dan terletak berdekatan Kolej Profesional Mara Bandar Indera Mahkota. Hotel ini mempunyai kemudahan dan perkhidmatan seperti wifi, peti simpanan deposit, tempat letak kereta dan dobi. Harga bilik sekitar RM 95.00 hingga RM215.00

B2-34, Jalan 1M 7/1 Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Malaysia, 25200


3. Arenaa Batik Boutique

Hotel yang bertaraf 2 bintang ini terletak di berdekatan dengan Pusat Membeli-Belah ECM Kuantan. Bagi yang mencari hotel bajet, hotel ini bermula dari harga RM90.00 sebilik dan mempunyai kemudahan serta perkhidmatan yang banyak walaupun bertaraf 2 bintang. Hotel ini sesuai bagi yang sedang bercuti atau syarikat-syarikat yang hendak melakukan aktiviti korporat.

E2324-2326, Jalan Dato'Wong Ah Jang, Kuantan, Malaysia, 25100


4. Hotel Grand Continental Kuantan

Hotel ini terletak betul-betul di dalam bandar kuantan dan berdekatan dengan pusat membeli-belah dan di kelilingi kedai serta restoran, amat memudahkan sesiapa yang menginap di sini mencari makanan atau barangan keperluan lain. Harga yang ditawarkan berpatutan dengan tempat penginapan yang selesa. Hotel ini menawarkan kemudahan seperti kolam renang, pengering rambut, peti keselamatan deposit, minibar, tab mandi dan kemudahan pusat perniagaan. Sesuai sangat untuk yang ke Kuantan atas urusan peribadi atau kerja.

Jalan Gambut, Kuantan, Malaysia, 25000

5. Swiss Garden Beach Resort

Bagi yang ingin menikmati keindahan pasir putih dan bermain air laut boleh memilih Swiss Garden Beach Resort. Resort ini bertaraf 4 bintang dan menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti kolam renang, fitness center, spa dan sauna, jakuzi, bankuet dan bilik persidangan. Amat sesuai bagi mereka yang inginkan percutian yang mewah dan selesa.

2656-2657, Mukim Sungai Karang, Balok Beach, Beserah, Kuantan, Malaysia, 26100


Homestay di Kuantan Pahang

Asalnya homestay dijadikan untuk menggalakkan pelancong asing datang dan menimba pengalaman bersama masyarakat Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman. Kini homestay dijadikan sebagai persinggahan awam untuk tujuan seperti majlis perkahwinan, percutian keluarga dan rumah tambahan kepada saudara mara yang berkunjung.

Kemudahan yang disediakan di homestay adalah dapur dan perkakasan memasak yang terhad, kemudahan bilik air, ruang tamu dan bilik tidur. Di sini ada beberapa homestay yang boleh didapati di Kuantan.


1. Apple Boutique Homestay

Terletak di Kuantan dan berdekatan dengan Muzium Tokoh, Taman Rekreasi Kuantan dan Masjid Sultan Ahmad Shah, homestay ini mempunyai 9 buah bilik. Homestay ini juga menyediakan perkhidmatan dobi dan penyewaan basikal. Setiap bilik mempunyai penghawa dingin dan wifi. 

Kredit Foto: https://www.facebook.com/applehomestaykuantan/photos

A67772, Lorong Seri Kuantan 28, 25250 Kuantan, Malaysia



2. Adam Homestay

Homestay ini terletak di Bandar Indera Mahkota Kuantan dan sangat strategik kerana berdekatan dengan lapangan terbang, pusat membeli belah, tempat-tempat rekreasi seperti Kuantan River Cruise dan pusat pendidikan seperti Universiti Islam Antarabangsa Kuantan. Homestay ini merupakan rumah teres setingkat dan mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Turut dilengkapi dengan kemudahan seperti peti sejuk, sofa, televisyen dan mesin basuh.

Kredit Foto: Adam Homestay

No 26 IM 2, Bandar Indera Mahkota 2, 25200 Kuantan, Pahang

Jika anda ingin mencari lain-lain hotel atau homestay di Kuantan Pahang boleh rujuk di https://www.traveloka.com/en-my. Semoga perkongsian Mia ini dapat memberi manfaat kepada semua.

selamat bercuti dan melancong ke Kuantan Pahang... (^_^)

Post a Comment

8 Comments

  1. memang senang bila ada website travloka ni....

    ReplyDelete
  2. nice kak mia. inshaALLAH, ada travel ke sana, bolehlah datang melawat hotel dan homestay kak mia listkan ni :)

    ReplyDelete
  3. Tiap kali ke Kuantan, mesti tidur di rumah kakak di sana. Maybe next time boleh pilih tidur hotel pulak. Btw, nice sharing mia :)

    ReplyDelete
  4. Thanks infooo! bila lah nak g lg sanaaa~

    meh join ni sis, nona terrr tag pulokk, hehe

    http://nonasani.blogspot.my/2016/08/saya-nak-menang-set-skinfood-bernilai.html

    ReplyDelete
  5. nanti senang la nak duduk dihotel kan

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum mia...macam best jer...:)

    ReplyDelete