KPKM Digital Connect 2026 - Coffee Talk With CDO (Part 3)

Bersambung dari entri sebelumnya di SINI. 

Hari Kedua – Jumaat, 6 November 2026.Hari kedua ini membawa tema 'Engage . Align . Act' dan dimulakan dengan Sesi Digital Energiser, iaitu kuiz digital menggunakan aplikasi Kahoot! Memang tak dan Mia nak jawab dengan betul dan pantas sebab ramai lagi peserta lain yang jauh lebih laju! Baru nak baca soalan dan pilih jawapan pun sudah makan masa beberapa saat.

Selepas itu, kami didedahkan dengan penerangan ringkas mengenai rumusan (wrap-up) perkongsian yang dibentangkan oleh jabatan dan agensi pada petang semalamnya. Antara pencapaian yang dikongsikan merangkumi aspek pembangunan sistem, pendigitalan perkhidmatan, dashboard, integrasi data serta pengiktirafan infrastruktur digital. Turut dibincangkan adalah tindakan susulan yang perlu diambil bagi terus menggerakkan KPKM ke arah pendigitalan yang lebih mampan.




Seterusnya Sesi Coffee Talk with CDO : Tanya Je! bermula dan meliputi :-

  • Segmen 1 : CDO's Digital Outlook
  • Segmen 2 : Tanya Je! - Sesi Dialog Terbuka
  • Segmen 3 : What We Need From You
  • Segmen 4 : What You Need From Us




Secara keseluruhannya, program selama dua hari ini sangat bermanfaat dan membuka minda tentang hala tuju pendigitalan sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara. Terima kasih kepada pihak penganjur dari Bahagian Perkhidmatan Digital (BPD) KPKM atas penganjuran yang sangat baik ini. Semoga segala perkongsian dan idea yang dibincangkan dapat direalisasikan dengan jayanya demi manfaat bersama. Insya-Allah.


* terus balik Johor Bahru... rindu rumah...


Post a Comment

0 Comments