Yayasan PRIDE : Bantuan Kewangan Untuk Rawatan Kanser Payudara





PRIDE Foundation (Yayasan PRIDE), adalah satu badan kebajikan NGO bagi Kanser Payudara. Di sini, Mia ingin menyebarkan sedikit info tentang bantuan khidmat masyarakat berkenaan pemberian bantuan kewangan untuk pesakit atau bekas pesakit kanser payudara (breast cancer).

Yayasan PRIDE merupakan sebuah pertubuhan amal yang bermatlamat meningkatkan tahap kesedaran terhadap kanser payudara. PRIDE (singkatan bagi ”Pink Ribbon Deeds”) telah ditubuhkan pada 24 Mei 2006. PRIDE menyediakan satu tabung bantuan kewangan kepada pesakit dan bekas pesakit kanser payudara dalam menampung perbelanjaan harian mereka setelah menjalani rawatan untuk kanser payudara yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi dan perkara ini amat dititikberatkan oleh PRIDE.


Bersama-sama ini disertakan satu risalah berkenaan Tabung Pesakit PRIDE dan sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi pihak PRIDE Foundation.




sila klik pada gambar untuk besarkan



PRIDE Foundation (734972-V)
23, Lorong Tanjung 5/4D, Off Jalan Gasing,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: +603-7960 0366 | Fax: +603-7960 1366
E-mail: info@pride.org.my

pink.. ribbon.. deeds..

Post a Comment

6 Comments

  1. assalamualaikum mia...perkongsian yg baik...:)

    ReplyDelete
  2. Assalammualikum..
    Sy Shamsiah wagi pesakit kanser payudara tahap 4.Selama 5 tahun sy bertahan.Sy telah mendapatkan rawatan d PPUm sehingga kini.Hujung tahun 2016 kanser sy telah merebak ke bahagian tulang belakang dan tengkuk memyebabkan sy patah tulang belakang paha kiri dan kanan serta akhinya sy memegang Kad OKU. Rawatan juga telah d buat. Sehingga kini sy masih bertahan. Soalan sy Adakah Pride ada bahagian sokongan untuk mereka yang mempunyai kemahiran diri seperti menjahit.

    Untuk pengetahuan Pride sy seorang Pesakit kanser dan juga OKU.
    Sy mengahasilkan Kraftangan yg bermutu tinggi. Sy berusaha utk kewangan sy. Boleh kah Pride menyediakan tempat jualan ? Untuk menjual hasil kraft kami??
    @Pride bantu sy. 013 399 9059

    ReplyDelete