Juadah Hari Raya Aidiladha 2016


Hmmm... raya haji tahun ni cuma dua juadah lauk sahaja yang dimasak di rumah keluarga Mia.

Juadah lodeh. Menu wajib setiap kali raya puasa dan haji. Macam-macam ada kat dalam lodeh ni. Bahan-bahan rencah lodeh yang diblender ialah ikan bilis, bawang besar, bawang kecil, halia, kunyit, sedikit serai dan lengkuas. Cara nak masak. Semua bahan rencah digoreng sehingga naik bau dan masukkan santan cair. Selepas mendidih, masukkan sayur kobis, kacang, lobak, tomato, sengkuang, suhon, lada merah, lada hijau. Tempe dan tauhu yang digoreng. Garam secukup rasa. Selepas empuk, baru masukkan santan pekat. Tunggu sehingga mendidih dan kemudian siap dimasak.




Juadah ayam kampung masak kicap. Fresh dari kebun. 2 ekor ayam kampung disembelih dan diproses sendiri. Rencahnya ditumbuk ; bawang putih, bawang merah, halia. Ditumis dengan rempah tumis. Masukkan ayam dan bubuh kicap. Bubuh sedikit air asam jawa, garam dan gula secukupnya.


Siap.... Simple je. Janji sedap dimakan seisi keluarga.

alhamdulillah.. kenyang seisi keluarga dimakan dengan lontong nasi...

Post a Comment

11 Comments