Bila balik kampung hujung minggu, pasti akan membantu keluarga Mia di kebun. Kat kebun ada bela ayam kampung asli dan ayam gajah. Jumlah setakat ini hampir 150 ekor ayam semuanya. Permintaan ayam kampung asli sekarang ini agak tinggi.

Jadinya, makanan ayam dipelbagaikan bagi menampung keperluan seharian. Makanan ayam yang disediakan mengandungi hampas kelapa, dedak dan jagung. Digaul rata dengan sedikit air. Suka betul ayam-ayam ini makan. Kadang ada bagi makanan tambahan, rumput azolla yang kaya dengan protein.








suka tengok ayam membesar dengan sihat...