Tempohari Mia ada cerita kat SINI pasal muscle rub. Kali ini Mia nak cerita satu lagi produk Tiger Balm yang Mia gunakan iaitu Tiger Balm Neck And Shoulder Rub. Yang ni khas untuk bahagian leher dan bahu. Kadang kalau dah terlalu lama ngadap komputer, memang elok sangat sapu Tiger Balm Neck And Shoulder Rub. Rasa berangin dan panas bila disapu. Selepas beberapa minit akan rasa lega.



Mia kongsikan di blog ini, produk Tiger Balm serasi dengan Mia. Memang ada satu set letak kat pejabat ni untuk first aid.

Nampak macam remeh.. tapi sebenarnya penting. Bila dah terasa lenguh dan sakit-sakit urat di bahagian leher dan bahu, boleh melarat kalau dibiarkan. Perlu dirawat segera...

** sangat sesuai untuk yang bekerja di pejabat...